Pendek kata, kucing mempunyai 9 nyawa, bukan? Namun nampaknya kucing istimewa ini, Yoda sangat unik kerana memiliki dua pasang telinga yang berbeza menjadikan keseluruhan telinganya adalah empat!

Peek Me

Ekoran keunikannya itu, pasangan Valerie dan Ted Rock yang ternampak Yoda di dalam sangkar kawasan sampah di Chicago mengambilnya untuk dibela. Ketika itu, Yoda adalah haiwan terakhir yang tinggal di kawasan itu.

Mereka memberinya nama sedemikian bersempena dengan watak Yoda dalam filem Star Wars yang mempunyai telinga runcing. Kerana agak pelik dengan telinga kucingnya, Yoda dibawa ke veterinar untuk diperiksa.

Peek Me

Menariknya, doktor haiwan itu langsung tidak pernah melihat keadaan ini. “Kami ada bertanya dengan veterinar lain dan mereka juga tidak pernah mengalami situasi seperti Yoda ini”, cerita Valerie.

“Kami mula menyedari bahawa kami memiliki sesuatu yang sangat istimewa dan Yoda telah dibela di dalam rumah”. Tubuh Yoda juga telah dipasang dengan cip sekiranya kucing kesayangan mereka itu hilang.

Peek Me

“Yoda adalah normal, mendengar dengan baik, bertenaga dan comel, selain sangat ramah dan sosial”, jelas Ted. Namun satu-satunya perkara yang dikhuatiri mereka adalah kemungkinan Yoda akan dimatikan.

“Kami selalu membiarkan kucing keluar rumah namun Yoda sangat luar biasa. Kami memutuskan untuk tidak membenarkannya keluar rumah. Jadi kami pasangkan cip dan hanya membelanya di dalam rumah”, tambah Ted.

Peek Me

Comelnya Yoda! Menurut Valerie, Yoda tidak takut akan apa-apa dan mempunyai obsesi dengan roti. Janganlah letak roti merata-rata, pasti Yoda akan ‘tuntut’ roti berkenaan.

Peek Me

Telinga berlebihan yang berpunca daripada mutasi genetik itu difahamkan tidak mempengaruhi deria pendengarannya. Ia juga tidak melekat pada tengkoraknya, di mana sepasang telinga berada di belakang pasang telinga yang pertama.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular