Suatu ketika dahulu, kumpulan pelawak terkenal Senario pernah mencetuskan fenomena dalam industri hiburan tanah air.

Kumpulan legenda Senario cukup terkenal pada era 90-an dianggotai oleh ahli asal Wahid, Lan Pet-Pet, Illya, Hamdan dan Azlee mula popular setelah  menjuarai pertandingan pencarian bakat, Sinaran Pasport Kegemilangan terbitan TV3 pada tahun 1995.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #SENARIOUNION (@senariounion) on

senariounion/Instagram

Kumpulan ini kemudiannya dianggotai dua pelawak terkenal Saiful Apek dan Yassin yang mana mereka cukup dikenali kerana sketsa komedi, nyanyian, hingga ke pentas perfileman yang lebih melucukan.

Beberapa filem pecah panggung mereka pernah diterbitkan menampilkan kumpulan ini sebagai watak utama. Antaranya termasuklah Senario The Movie, Senario Lagi, Lagi Lagi Senario, Senario XX dan banyak lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #SENARIOUNION (@senariounion) on

senariounion/Instagram

Walaupun kumpulan lawak ini sudah lama tidak beraksi baik di kaca televisyen mahupun di layar perak, namun kebanyakan filem lakonan mereka masih lagi ditayangkan dan ditonton ramai.

Baru-baru ini, bersempena dengan hari lebaran yang bakal tiba, Senario yang kini Senariounion telah kembali dengan penerbitan lagu raya terbaru berjudul ‘Di Hari Yang Mulia’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #SENARIOUNION (@senariounion) on

senariounion/Instagram

Dalam muzik video lagu raya ini, pada mulanya hanya kelihatan empat orang ahli sahaja yang menyanyi iaitu Illya, Yassin, Saiful Apek dan Hamdan.

Namun pada babak akhir video, muncul Azlee dan Wahid sebagai ahli lengkap Senario, mengubat rindu buat semua peminat mereka setelah sekian lama.

Tonton muzik video ‘Di Hari Yang Mulia’ di bawah:

Pak Ya Illya/YouTube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular