Di Malaysia, hidangan ikan buntal tidaklah begitu terkenal seperti negara-negara lain. Hal ini mungkin adalah kerana ikan ini mempunyai racun yang tersendiri dan tukang masak perlu mempunyai teknik dan kemahiran yang tinggi untuk membuang racunnya sebelum memasak ikan buntal.
Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa ikan buntal sebenarnya mempunyai rupa yang sangat comel, apatah lagi jika saiznya begitu kecil.
Dengan mata yang membulat dan mulut yang comel seolah-olah sedang tersenyum, ikan buntal pastinya dengan mudah dapat membuat orang ramai tersenyum.
Lihat sahajalah ikan buntal yang bermain dengan jari manusia ini, memang comel sungguh!
Ikan buntal yang masih bayi kelihatan benar-benar comel, siapa sangka rupanya akan berubah menjadi lebih ‘garang’ apabila sudah dewasa!
Mulut ikan buntal juga boleh kelihatan seperti sedang tersenyum begini!
Walaupun setelah mengembungkan perutnya selepas rasa terancam, ikan buntal tetap juga kelihatan comel!
Garang, tetapi semakin comel!
Saiznya yang sangat kecil membuatkan rasa geram!
Mereka juga kelihatan sangat megah.
Ada antaranya yang bersaiz lebih kecil dari jari manusia, sekaligus membuatkan mereka kelihatan lebih comel dari biasa!
Amboi, garangnya ikan buntal ini!
Ikan buntal bersaiz mini ini memang benar-benar comel. Kami pasti ramai yang tersenyum melihatnya!
Maybe you're interested :
- Telatah lucu pasangan ini yang siap membawa meja di dalam kereta semata-mata untuk makan seperti di restoran cuit hati ramai warganet, “polis pun keliru mahu kenakan saman atau tidak!”
- Hubungan dengan Rejim Komunis China semakin rapat, penyebaran ‘virus PKC’ semakin teruk
- Sediakan makanan ringan percuma untuk ‘Geng Rider’, tindakan kecil wanita ini dapat pujian malahan mahu jadi ikutan