Kehadiran haiwan peliharaan di rumah pastinya akan memeriahkan lagi suasana kerana penghuninya tidak akan berasa kesepian. Apatah lagi jika seseorang itu memang membesar bersama haiwan peliharaan sejak dari bayi lagi.

Begitulah situasi yang dialami oleh Jonathan. Keluarganya mempunyai seekor kucing yang dipelihara sejak Jonathan masih bayi lagi. Kucing itu, Charlie, dengan sukarela menjaga Jonathan sebaik sahaja Jonathan mula tiba di rumah selepas lahir.

Zoorpredente

Mereka mempunyai hubungan yang sangat istimewa dan begitu akrab. Mereka akan tidur, makan dan bermain bersama.

Sehinggalah akhirnya ketika Jonathan berusia 6 tahun, Charlie telah meninggal dunia ketika usianya mencapai 15 tahun. Keluarga itu sangat sedih, terutamanya Jonathan, yang kehilangan sahabat pertama dalam hidupnya.

Selepas kematian Charlie, Jonathan sering meminta kepada ibunya untuk menjaga kucing lain, tetapi ibunya masih belum berasa yakin untuk menjaga kucing yang lain pula selepas ketiadaan Charlie.

Zoorpredente

Bagaimanapun, pada suatu hari selepas lima bulan ketiadaan Charlie, rumah Jonathan tiba-tiba menerima kunjungan seekor kucing ‘jalanan’ yang sangat jinak dan sangat suka dengan Jonathan.

Pada hari pertama perkenalan mereka, kedua-duanya bermain bersama sehingga 1 jam lamanya!

Tetapi apa yang mengejutkan semua orang adalah apabila dua hari kemudiannya, kucing yang sama telah datang semula ke rumah Jonathan. Mungkin kucing berwarna oren itu memang benar-benar sukakan Jonathan!

Zoorpredente

“Pada hari pertama Jonathan bertemu dengan kucing berbulu yang cantik ini, mereka berdua saling jatuh cinta. Kucing itu membiarkan anak saya memeluknya dan segera menciumnya. Anak saya jelas sangat gembira, seperti kita semua,” kata ibu Jonathan, Valerie.

Jonathan dan kucing itu saling suka sama suka. Mereka bermain sepuas-puasnya ketika kucing itu datang ‘melawat’ Jonathan. Sehinggalah pada suatu hari, kucing itu tidak lagi datang pada setiap hari.

Zoorpredente

Valerie yang berasa bimbang tentang keadaan kucing itu yang mungkin bersendirian di jalanan telah mengambil inisiatif untuk menghubungi pemilik kucing itu, sekiranya ada.

Cara yang digunakannya adalah dengan memakaikan kucing itu dengan kalung yang mempunyai mesej di bahagian loketnya.

Satu sisi loket bertulis “saya sukakan kucingmu”, manakala sisi loket yang disebelahnya pula bertulis “tolong hubungi saya jika ini adalah kucing anda” bersama dengan nombor telefonnya.

Zoorpredente

Tidak lama selepas tamat ‘sesi’ bermain, Valerie menerima satu panggilan.

“Dia adalah jiran di kawasan ini yang berusia 69 tahun dan sangat gembira mengetahui bahawa kami menyukai Garfield,” kata Valerie.

Kata pemilik Garfield, kucing itu telah datang ke rumahnya lebih dari 10 tahun lalu sebagai kucing jalanan dan Garfield memang suka bersiar-siar di luar rumah berbanding duduk berehat di dalam rumah.

Zoorpredente

Selepas mengetahui bahawa keluarga Jonathan yang sangat menyukai Garfield, pemiliknya juga dengan senang hati menawarkan untuk sama-sama menjaga Garfield. Dalam kata lainnya, kini Garfield mempunyai keluarga angkat!

“Kami dengan jelas adalah keluarga keduanya (Garfield) sekarang,” kata Valerie dengan gembira.

Akhirnya kini Valerie sudah mula yakin untuk menjaga haiwan peliharaan yang baru, dan dalam masa yang sama, kasih-sayang terhadap Garfield tidak akan pernah berkurang.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular