Semenjak beberapa bulan ini ketika pandemik sedang menular ke seluruh dunia, kita terus mendengar pelbagai kisah insan berhati mulia melakukan kebaikan membantu golongan memerlukan, terutama daripada pasukan barisan hadapan yang mempertaruhkan nyawa sendiri demi menyelamatkan nyawa orang lain.

Tidak terkecuali juga pelbagai kisah pekerja penghantaran barangan dan makanan yang kini sering kita dengar yang ditularkan oleh kalangan netizen di media sosial.

Salah seorang pengguna Facebook bernama Lo Nam Yee memuat naik satu insiden menyentuh hati membabitkan seorang penunggang Foodpanda yang ditemuinya.

Lo Nam Yee/Facebook

Dalam catatannya di Facebook beliau menulis:

Pemandangan indah menyentuh hati!

Hari ini, ketika saya berjalan ke Karamunsing, seorang penunggang Foodpanda berhenti tepat di hadapan saya dan berjalan di bawah jejambat. 

Sangkaan awal saya mungkin dia bermaksud untuk berehat seketika di bawah jejambat itu. Ketika memasuki di ruang itu, saya perasan dia sebenarnya ingin memberikan wang kepada seorang lelaki berambut panjang dengan penampilan lusuh dan kotor. 

Lelaki itu sedang makan makanan yang dibungkus, rasanya seperti makanan sisa dari dalam beg plastik besar.

Penunggang Foodpanda itu kemudian dilihat menyerahkan beberapa wang kertas RM10 kepadanya. Setelah memandang penerima yang wajahnya tersenyum lebar, dia kemudian mengeluarkan beberapa helai lagi wang kertas RM berwarna merah, memberikannya dan menaikkan ibu jari ke atas seperti bertanya kepadanya, “Abang cukup tak? Puas hati?”

Ketika pemuda ini kembali semula ke motosikalnya, tangannya mencapai poket lain dan menemui beberapa wang kertas lagi. 

Percaya atau tidak, pekerja Foodpanda ini berpatah balik dan menghulurkan wang sedekahnya kepada lelaki gelandangan itu sekali lagi!

Gambar ini diambil setelah saya terfikir bahawa saya harus merakam pemandangan menyentuh hati ini. Penunggang Foodpanda itu hampir beredar setelah saya melihatnya pada kali kedua.

Walaupun saya selalu percaya bahawa dunia akan menjadi tempat yang lebih baik hanya jika kita saling tolong-menolong, dan saya sering menyampaikannya dalam ceramah, saya sesungguhnya berasa malu dengan sikap ketidakprihatinan saya yang amat berbeza dengan sikap pemurah penunggang ini.

Sekiranya saya orang pertama kali melalui di hadapan lelaki itu, saya mengaku tidak akan melakukan perkara yang sama.

Lo Nam Yee/Facebook

Syabas buat abang Foodpanda tersebut, teruskan dengan sikap keprihatinan dan jiwa murni anda. Semoga anda terus diberkati serta dimurahkan segala pintu rezeki.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular