Mana-mana ibu bapa dunia ini pasti akan melakukan segalanya yang termampu untuk anak mereka, apatah lagi untuk anak dengan keupayaan istimewa.

Layla Lester, seorang kanak-kanak perempuan autisme berusia 6 tahun (pada waktu itu) pada suatu hari terserempak dengan seorang pengantin wanita yang sedang melakukan sesi penggambaran di Taman Akron Falls, Akron, New York. Bagaimanapun, Layla yang sangat menyukai siri puteri Disney berfikir bahawa mungkin pengantin wanita berkenaan, Olivia Spark, adalah benar-benar seorang puteri.

Nicole Wickins/Facebook

Sama seperti watak-watak puteri yang sering ditontonnya!

Nicole Wickins/Facebook

Selepas mengetahui tentang keadaan kesihatan Layla, Olivia memutuskan untuk terus ‘berlakon’ sebagai puteri seperti yang disangka oleh Layla.

Nicole Wickins/Facebook

Olivia tahu bahawa sekiranya dia memberitahu perkara yang sebenar, hal itu pastinya akan mengecewakan Layla yang pada ketika itu berasa sangat gembira dan teruja.

Selepas bermain dan berbual, Olivia berkata kepada Layla:

“Gambar telahpun diambil. Sekarang puteri perlu pulang ke dewan tarian, kamu harus menjadi anak yang baik!”

Kisah itu tidak terhenti di situ sahaja.

Beberapa hari kemudian, Olivia telah bertemu dengan Layla sekali lagi dan dia masih lagi dianggap sebagai seorang puteri di mata Layla. Walaupun Olivia tidak lagi memakai gaun yang cantik seperti  sebelum ini, namun Layla tetap berasa gembira dan teruja.

Kerana rasa terharu dan kasih kepada Layla, keluarga Layla dan Olivia seterusnya memutuskan untuk membawa Layla bersiar-siar di taman tema Disney Land. Dan, dengan sumbangan daripada warganet melalui kutipan yang dilakukan, mereka akhirnya dapat menjejakkan kaki di taman tema impian ramai kanak-kanak itu.

Layla akhirnya berpeluang bertemu dengan puteri ‘sebenar’ dari siri puteri Disney kegemarannya. Seronoknya!

Disney Parks/YouTube

“Kami semua adalah orang asing, tetapi dia (Olivia) sanggup melakukan banyak perkara untuk anak saya, dan saya berterima kasih dari lubuk hati yang paling dalam!” kata ibu Layla dengan penuh kesyukuran.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular