Ramai yang bersetuju apabila dikatakan anjing adalah antara haiwan yang sangat setia pada pemiliknya. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk melindungi pemilik yang mereka sayangi.

Dan seekor anjing baka tempatan bernama Chiko, telah membuktikannya.

Alice Minggu/Facebook

Pemilik Chiko telah berkongsi kisah sedih Chiko yang bertarung menyelamatkan ahli keluarganya dengan membunuh seekor ular berbisa di ruang makan rumah mereka yang terletak di Bintulu, Sarawak.

Alice Minggu/Facebook

Dalam satu kiriman yang dimuat naik pada 17 Mei lalu, Alice Minggu berkongsi bahawa anjing peliharaannya, Chiko telah meninggal dunia di ruang anjung kereta di rumahnya selepas membunuh ular itu. 

“Dia bertarung sehingga ular itu mati dan segera berpindah ke anjung kereta kami dan mengambil nafas terakhir,” tulis Alice.

Alice Minggu/Facebook

Malah menurutnya, Chiko tidak mahu berganjak dari bawah kereta selepas dipanggil, mungkin kerana tidak mahu pemiliknya berasa lebih sedih dengan kehilangannya selepas itu.

Alice memaklumkan kepada SAYS bahawa ketika kejadian itu berlaku, keluarganya telah berusaha untuk menarik Chiko daripada ular berkenaan tetapi Chiko tetap berkeras sehingga akhirnya Chiko berjaya membunuh ular itu.

Alice Minggu/Facebook

Alice dan keluarganya yang turut sama menyaksikan pergelutan itu ternyata benar-benar sedih melihat apa yang terjadi kepada anjing kesayangan mereka itu.

Mana tidaknya, selepas 6 tahun menjaga Chiko, tiada siapa yang dapat menyangka bahawa insiden yang tragis ini adalah pengakhiran buat Chiko, si anjing yang setia.

Alice Minggu/Facebook

“Ramai orang yang mendakwa Chiko adalah anjing yang sangat agresif tetapi semalam Chiko telah menyelamatkan kami tetapi malangnya kami tidak dapat menyelamatkannya,” tulis Alice.

“(Chiko) benar-benar adalah anjing terbaik kami. Kamu akan selamanya berada di dalam hati kami, Chiko. Semoga kita bertemu lagi di tempat yang lebih baik,” tambah Alice menamatkan kiriman.

Alice Minggu/Facebook

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun mendapat lebih dari 8,600 reaksi, lebih dari 4,800 perkongsian dan lebih dari 1,200 komen dari warganet yang sama-sama mendoakan yang terbaik untuk Chiko.

“Bersemadilah dengan aman Chiko si wira. Kamu berani!”

Alice Minggu/Facebook

“Hati saya berasa sedih mendengarnya… Bersemadilah dengan aman si anjing yang ikhlas”

Alice Minggu/Facebook

“Takziah diucapkan untuk kamu dan keluarga kamu, semoga anjing kamu bersemadi dengan aman. Anjing kamu adalah wira yang sebenar”

Alice Minggu/Facebook

Chiko sememangnya adalah pahlawan yang sangat berani dan setia. Bersemadilah dengan aman, Chiko.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular