Baru-baru ini tular satu perkongsian di media sosial tentang seorang pekerja Pos Malaysia yang terduduk menangis apabila mendapati tiada bonus akan diberikan oleh pihak Pos Malaysia pada tahun ini. Kita semua tahu pemberian bonus sedikit sebanyak membantu individu untuk memiliki pendapatan tambahan terutamanya menjelang Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Penularan gambar dan kisah abang posmen itu meraih perhatian netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan keputusan oleh pihak Pos Malaysia. Justeru, netizen telah membuat satu petisyen untuk mendesak Pos Malaysia supaya memberikan ganjaran yang sewajarnya ke atas pekerja barisan petugas hadapan yang telah berhempas pulas untuk menghantar barangan terutamanya ketika musim PKP ini.

 

They deserve more pay. pic.twitter.com/CQjTvPn4gf

— Toon Seri Anthraxxxx (@anthraxxxx) May 17, 2020

Ekoran itu, Pos Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan bagi menjelaskan mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan itu. Menurut jurucakapnya, pandemik COVID-19 telah menjadi isu global yang menyebabkan rantaian bekalan seluruh dunia terjejas sekali gus memberi kesan kepada Pos Malaysia. Jelasnya, jumlah bungkusan yang banyak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini turut menyebabkan banyak perkhidmatan penghantaran barangan terkesan.

Twitter

“Namun begitu, Pos Malaysia masih meneruskan usaha untuk melindungi pekerja iaitu hampir 15,000 ‘frontliner‘. Di saat banyak sektor mengambil keputusan drastik untuk memotong gaji dan membuang pekerja, Pos Malaysia masih bertahan untuk memastikan masa depan pekerja dilindungi”.

Tambahnya lagi, pihak Pos Malaysia kini sedang menjalani proses transformasi bertujuan untuk mengubah perniagaan dan sekiranya berjaya, para pekerja akan diberikan insentif yang lebih baik sebagai penghargaan.

Twitter
“Apabila rancangan transformasi ini berjalan lancar dan keadaan bertambah baik, kita akan memastikan penghargaan yang lebih baik untuk pekerja. Kami juga berterima kasih atas usaha pekerja kami yang bekerja tanpa lelah untuk memastikan penghantaran dan perkhidmatan dilakukan dengan sedikit gangguan terutama menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri,”
katanya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES Kempen NASIONAL

Video Popular