Susulan penularan wabak COVID-19, kini kita semua lebih prihatin dan mengambil berat akan kebersihan diri terutamanya aspek kebersihan tangan. Sebelum ini pasti kita secara bebas menyentuh apa sahaja, bukan? Namun kini kita harus menyingkirkan tabiat itu.
Menyedari akan hakikat tersebut, sebuah pusat beli belah di Thailand iaitu Seacon Square muncul dengan satu inovasi yang sangat berguna dalam usaha masyarakat dunia untuk menyekat rantaian penularan virus tersebut.
Seacon Square/Facebook
Menariknya, lif-lif di dalam pusat beli belah berkenaan dilihat beroperasi tanpa pengunjung perlu menggunakan tangan untuk menekan butang sebaliknya hanya perlu menekan pedal menggunakan kaki sahaja.
Seacon Square/Facebook
Pedal tersebut dilihat dapat digunakan untuk para pelanggan bergerak ke tingkat atas mahupun bawah, di samping ia juga digunakan untuk membuka atau menutup pintu lip tanpa perlu menekan butang lif seperti sebelumnya.
Seacon Square/Facebook
Dalam pada itu, pusat beli belah itu juga turut menyediakan cecair pembasmi kuman pada lif, selain memasang pelekat yang mengingatkan orang ramai untuk sentiasa menjaga penjarakan sosial antara satu sama lain.
Seacon Square/Facebook
Dalam kenyataannya di Facebook, pihak Seacon Square berharap agar langkah-langkah ini akan menjadi norma baharu untuk pusat beli belah di negara berkenaan. Usaha bernas itu sudah pasti menerima banyak pujian daripada netizen.
Idea yang bagus kata seorang pengguna
Seacon Square/Facebook
Macam ni barulah rasa lebih selamat untuk ke pusat beli belah, bukan?
Seacon Square/Facebook
Seacon Square/Facebook
Seacon Square/Facebook
Semoga ia segera dicontohi pihak pengurusan pusat beli belah di Malaysia pula ya…
Maybe you're interested :
- Wabak coronavirus : 6 langkah pencegahan dan perlindungan diri daripada jangkitan
- Olah lagu Peluang Kedua menjadi lagu berunsur tradisional lengkap dengan tarian tradisional Melayu, buah tangan program latihan seni ini raih pujian ramai
- Berniat bantu pelajar yang kurang berkemampuan jalani kelas dalam talian, Ustaz Ebit Lew tawar gajet Samsung Galaxy Tab A secara percuma kepada pelajar yang benar-benar memerlukan