Video gurauan atau ‘prank’ sememangnya menjadi satu trend di media sosial pada zaman sekarang. Ada yang melakukannya sesama pasangan, adik-beradik, rakan sekerja dan bermacam lagi. Tapi ianya tidaklah sampai ke tahap keterlaluan sehingga menyebabkan kerugian kepada pihak lain.

Baru-baru ini di Thailand, sekumpulan pekerja penghantaran makanan telah berhadapan dengan satu situasi di mana mereka menerima pesanan makanan untuk dihantar ke lokasi yang tidak wujud! Menurut Thai World Daily, insiden ini mula mendapat perhatian di media sosial setelah salah seorang pekerja penghantaran makanan ini memuat naik gambar tentang kejadian yang mengejutkan itu.

Dilaporkan seramai 30 pekerja telah menerima pesanan secara dalam talian yang melibatkan sehingga 80 bungkusan makanan dihantar ke satu lokasi yang telah ditetapkan. Bagaimanapun, sebaik sahaja tiba di lokasi ini, mereka mendapati bahawa alamat yang diberikan tidak wujud sekali gus menyebabkan berlakunya pembaziran.

Setibanya di lokasi kejadian barulah pekerja-pekerja ini menyedari bahawa mereka telah ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Berdasarkan gambar yang tular itu, dapat dilihat puluhan plastik berisi makanan dan minuman telah diletakkan di kawasan kejadian. Kejadian yang cukup malang ini sudah tentu mendatangkan kerugian bukan sahaja kepada pekerja penghantaran makanan tetapi terutama sekali para peniaga. Tambahan pula, pada waktu sekarang keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan disebabkan oleh penularan wabak.

Thai World Daily

Mengapa agaknya ada pihak yang sanggup berbuat demikian? Tidakkah mereka merasa bersalah kerana telah menyusahkan orang lain yang tidak mempunyai perkaitan dengan mereka?

Laporan polis telah dikemukakan dan pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan. Semoga pelakunya akan dikenakan hukuman yang setimpal atas perbuatan tidak bermoral mereka.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES GAYA HIDUP

Video Popular