Tidak dapat dinafikan, bermula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan fasa 1 sehingga kini, kita telah disajikan dengan pelbagai kisah positif tidak kiralah dari perkongsian resipi masakan, minuman dan banyak lagi. Dalam tempoh ini juga, kita telah banyak melihat perkongsian hasil transformasi rumah atau bilik yang sempat dilakukan sepanjang tempoh ini.

Seperti Haziq Safwan yang turut berkongsi perjalanan transformasi biliknya daripada sebuah bilik dengan hiasan yang biasa kepada bilik yang berkonsepkan minimalis, tetapi sangat menarik!

@haziqsafwann/Twitter

Memang sesuai dengan citarasa anak muda!

Berdasarkan bebenang yang dikongsikan di laman Twitternya (@haziqsafwann), Haziq berkongsi perubahan sedikit demi sedikit proses yang dilakukannya.

@haziqsafwann/Twitter

@haziqsafwann/Twitter

Pada mulanya, Haziq mengosongkan biliknya terlebih dahulu untuk mengecat dinding bilik dari warna merah hati kepada gabungan warna kelabu dan putih.

@haziqsafwann/Twitter

@haziqsafwann/Twitter

Seterusnya, Haziq turut mengecat almarinya dari warna coklat bercorak kayu kepada warna putih untuk menyesuaikan warna perabot itu dengan tema biliknya.

@haziqsafwann/Twitter

Selepas itu, Haziq menampal lantai jenis vinyl di atas lantai jubin asal bagi melengkapkan dekorasi. Menurutnya, lantai vinyl itu dibeli melalui aplikasi dalam talian. Menarik!

@haziqsafwann/Twitter

@haziqsafwann/Twitter

Dan, hasilnya memang sangat mengagumkan! Dengan kos kira-kira RM1,900 sahaja, Haziq berjaya mengubah ruang biliknya yang sebelum ini kepada bilik idamannya!

@haziqsafwann/Twitter

@haziqsafwann/Twitter

@haziqsafwann/Twitter

@haziqsafwann/Twitter

Selain itu, Haziq juga tidak lokek berkongsi lokasi pembelian setiap barang dekorasi yang digunakan olehnya. Bolehlah kita cuba!

 

@haziqsafwann/Twitter

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun mendapat lebih dari 27,800 sukaan, lebih dari 14,500 ulang kicau dan 330 komen.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular