Kucing adalah salah satu haiwan yang berkeupayaan untuk mencairkan hati ramai orang. Dan dengan melawati rumah penginapan atau hotel yang dilengkapi dengan kucing yang jinak-jinak belaka pastinya bukan suatu idea yang buruk sama sekali!

@matsujun5213/Twitter

Di wilayah Shizuoka, Jepun, terdapat sebuah rumah penginapan Auberge Hasebe yang menawarkan penginapan kepada pelanggan dengan harga 15,000 JPY (RM611) untuk satu malam. Yang menariknya, rumah penginapan ini juga turut terdapat beberapa ekor kucing yang jinak yang turut sama tinggal di rumah penginapan itu.

@matsujun5213/Twitter

@matsujun5213/Twitter

Jika anda cukup bertuah, anda mungkin akan tidur dengan ditemani kucing disamping anda!

@matsujun5213/Twitter

Salah seorang pelanggan rumah penginapan ini, @matsujun5213 melalui laman Twitternya ada berkongsi pengalamannya menginap di rumah penginapan yang unik ini.

“Anda boleh makan dan tinggal (di sini) sambil bermain dengan kucing! Kadang-kadang kucing akan datang ke katil,” tulisnya dalam kiriman yang kini telah mendapat lebih dari 15,800 ulang kicau.

@matsujun5213/Twitter

Bukan itu sahaja, mungkin kerana kucing-kucing di rumah penginapan ini sudah terbiasa dengan pelanggan yang datang dan pergi, maka kucing-kucing ini seolah-olah ‘bertanggungjawab’ untuk melayan para pelanggan yang datang. Mana tidaknya, menurut @matsujun5213, ada antara kucing di rumah itu yang membimbingnya ke arah bilik serta bilik mandinya.

Seronoknya!

@matsujun5213/Twitter

Selain itu, rumah penginapan ini juga turut menyediakan sebanyak 2 kali hidangan makanan yang mewah bersekali dengan bayaran penginapan.

“Bekas chef Perancis memasak makanan di sini, jadi makanannya sedap! Saya gembira!” tulisnya lagi.

@matsujun5213/Twitter

@matsujun5213/Twitter

Tidak ada apa lagi yang perlu difikirkan, anda hanya perlu berehat, bermain dengan kucing, makan dan ulang semula!

Jika anda fikir setakat itu sahaja yang ditawarkan dari rumah penginapan ini, nampaknya anda sudah tersilap. Menurut @matsujun5213, rumah penginapan ini juga memberikan biskut berbentuk telapak kaki kucing yang sangat comel sebagai cenderahati kepada para pelanggannya sebelum mereka pulang.

@matsujun5213/Twitter

Alahai memang comel sungguh!

Paling menarik dan unik, rumah penginapan ini juga ada mengepos poskad kucing yang comel kepada semua pelanggan yang pernah datang menginap di rumah penginapan Auberge Hasebe pada setiap kali hari-hari istimewa. Ini memang perkhidmatan pelanggan yang lain daripada yang lain.

@matsujun5213/Twitter

Menariknya! Kami pasti konsep rumah penginapan sebegini masih belum banyak terdapat di mana-mana lagi.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular