Hari Raya bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Meskipun dengan musim virus dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semangat untuk meraikan perayaan tetap ada walaupun disambut secara sederhana.

Kebiasaannya, persiapan hari raya tidak lengkap sekiranya tiada kuih raya. Jadi, memandangkan tiada lagi bazar yang menjual kuih raya secara lelong pada malam raya, ramai yang mula menghabiskan masa untuk membuat kuih raya sendiri di rumah. Jika anda pertama kali atau jarang membakar kuih mahupun biskut raya, jangan risau. Resipi kuih raya dikongsi oleh Puteri Hana Sofia semudah ABC dengan menggunakan hanya 3 bahan sahaja! Paling penting, biskut ini begitu enak kerana ianya cair di mulut!

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung jagung
  • 4 sudu susu pekat
  • 2 sudu mentega

Cara-cara:

Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.

Teruskan menggaul sehingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut.

Bentukkan adunan ini menjadi bentuk bulat dan susun jarak-jarak di dalam loyang yang telah disapu dengan mentega.

Tekan adunan dengan garpu.

Anda boleh menghias biskut mengikut citarasa anda sama ada untuk meletakkan taburan gula manik, jem buah atau coklat.

Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 150ºC selama 20 minit bergantung kepada ketuhar masing-masing.

Selamat mencuba!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular