- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Ambil peluang untuk ‘menjadi’ muda semula, hasil projek tukar baju antara dua generasi ini pasti akan membuat anda tersenyum!

Pemilihan gaya berpakaian adalah salah satu cara yang paling mudah untuk mencerminkan golongan umur seseorang.

Lazimnya pakaian yang ceria, ranggi dan bergaya akan dipakai oleh golongan muda belia, manakala, pakaian yang lebih santai dan tradisional lazimnya dipakai oleh seseorang yang lebih berumur. Bagaimanapun, apakah yang terjadi sekiranya dua golongan ini bertukar pakaian sesama sendiri?

Hasilnya memang tidak dijangka! Jika sekali lihat, mungkin anda tidak akan perasan bahawa mereka telah bertukar orang kerana gaya pemakaian yang bertukar.

#1

Mula-mula…

Read543 [1]

Selepas itu…

Read543 [1]

Seorang jurugambar bernama Qozop [2] telah mencari 7 pasangan dari 7 keluarga yang berlainan di Asia untuk menjalankan ‘projek’ yang menarik ini.

Menurutnya, kebanyakan warga muda lebih cenderung untuk menggayakan pakaian yang berunsur barat, manakala warga tua pula lebih selesa memakai pakaian tradisional masing-masing.

#2

Mula-mula…

Read543 [1]

Selepas itu…

Read543 [1]

Menurut Qozop, agak mudah untuk meyakinkan warga muda untuk bertukar pakaian dengan pasangan mereka yang lebih tua. Tetapi sebaliknya berlaku bagi warga tua.

Tugas untuk meyakinkan warga tua untuk memakai pakaian warga muda agak sukar, sehingga Qozop terpaksa menipu agar mereka bersetuju melakukan projek ini bersama.

#3

Mula-mula…

Read543 [1]

Selepas itu…

Read543 [1]

Pada pendapatnya, hal ini mungkin berlaku kerana warga tua masih menyukai budaya tradisional, jadi mereka tidak bersedia untuk menerima cara baru, walaupun hanya untuk seketika.

#4

Mula-mula…

Read543 [1]

Selepas itu…

Read543 [1]

Bagaimanapun, selepas semuanya selesai, Qozop mendapati bahawa warga tua mula menunjukkan rasa minat dengan hasil akhir gambar yang diambil dan mereka mula berasa gembira. Senyuman mula terukir di bibir mereka!

#5

Mula-mula…

Read543 [1]

Selepas itu…

Read543 [1]

Beberapa warga tua turut mengatakan bahawa pada mulanya mereka tidak memahami mengapa anak perempuan mereka harus bergaya, sehingga akhirnya mereka mengenakan sendiri pakaian anak perempuan mereka dan mula memahaminya.

#6

Mula-mula…

Read543 [1]

Selepas itu…

Read543 [1]

#7

Mula-mula…

Read543 [1]

Selepas itu…

Read543 [1]

Menarik! Walaupun konsepnya kelihatan ringkas, namun hasilnya memang luar biasa. Bukan hanya pada gambar, tetapi pada emosi modelnya juga.

loading...