Di usia tua, lazimnya ramai di antara kita yang mahu menikmati tempoh persaraan dengan bersantai sepuasnya setelah penat bekerja dan memulakan sesuatu yang baru seperti bercucuk tanam, memulakan perniagaan dan sebagainya.

Buat pasangan barusia dari Thailand ini, mereka langsung tidak menjadikan faktor usia untuk berhenti daripada terus mencari nafkah buat diri mereka sendiri iaitu dengan menjadi penghantar makanan Grab kepada pelanggan.

Kisah yang sangat memberi inspirasi itu sebenarnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Phakhanut Blackbox, di mana seorang pemilik restoran sushi di Hat Yai, Thailand terkejut apabila mendapati penghantar makanannya adalah seorang lelaki tua.

Pemilik restoran sushi tersebut pada mulanya sedang dalam proses penyediaan pesanan makanan yang dibuat oleh pelanggan sebelum menunggu ketibaan penghantar makanan GrabFood untuk menghantarnya.

Rupa-rupanya, lelaki berusia itu dan juga isterinya difahamkan telah mendaftarkan diri mereka sebagai penghantar makanan di bawah syarikat GrabFood ekoran mahu menjana pendapatan sendiri tanpa membebankan anak-anak mereka.

Pasangan berkenaan akan membuat penghantaran pada setiap hari, di mana si suami akan mengambil makanan di restoran dan menunggang motosikal sementara isterinya pula akan memasukkan makanan ke dalam beg penghantaran.

Ternyata usia hanyalah angka dan ianya bukan satu penghalang buat pasangan ini mencapai apa yang mereka mahukan. Kesungguhan mereka dalam melaksanakan kerja sangat dikagumi warganet. Semoga ia boleh dijadikan teladan buat kita semua.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular