Bulan Ramadan memberi keinsafan kepada kita untuk menyelami perasaan bagaimana golongan miskin dan kurang bernasib baik menahan lapar dan dahaga setiap hari disamping peluang untuk meningkatkan pahala ibadah dan amalan dalam membantu golongan memerlukan.

Ketika kini PKPB sedang dilaksana, semakin ramai golongan kurang bernasib baik yang benar-benar memerlukan bantuan seperti seorang pak cik tua ketika bertungkus lumus mencari sisa makanan di tepi tong sampah untuk dijadikan juadah berbuka puasa.

Sungguh menyedihkan…

Mizan Dmhba/Facebook

Netizen dikenali Mizan Dmhba memuat naik di laman Facebooknya menunjukkan kesempitan hidup seorang lelaki warga emas yang dia temui. 

Lelaki tersebut ditemuinya sedang menyelongkar sampah dan ketika disapa, dia mendedahkan  sedang mencari sisa roti untuk dijadikan juadah berbuka puasa kelak.

Mizan Dmhba menulis, “Dalam perjalanan kami dari Pengkalan Chepa ke Ketereh, Kelantan untuk mengedar sumbangan, kami terserempak pak cik ini yang sedang menyelongkar sampah.”

“Saya meminta untuk menghentikan kereta dan mendekati pak cik itu. Dia memberitahu saya bahawa dia sedang mengumpulkan sisa roti untuk dimakan. Kami memberinya sebungkus beras dan duit zakat untuk belanjanya. Masih ramai orang di luar sana yang memerlukan keprihatinan kita,” tulis Mizan dalam posting itu.

Syabas kepada Mizan Dmhba kerana sebaik terserempak, dia terus prihatin membantu pak cik tua ini, tetapi kita harus ingat dengan apa yang dia katakan, masih terdapat ramai lagi orang susah di luar sana yang memerlukan bantuan kita.

Jika anda berkemampuan dan melihat golongan memerlukan seperti ini, sila jangan teragak-agak untuk membantu sebaik mungkin sementara menjaga penjarakan sosial sepanjang tempoh PKPB dikuatkuasakan.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular