Selama ini, kita sudah banyak kali mendengar kisah murni yang dilakukan oleh anggota beruniform kepada rakyat Malaysia.

Mereka tanpa berfikir panjang akan mengutamakan kesejahteraan rakyat Malaysia berbanding diri mereka sendiri.

Dan, kali ini, kita dapat mendengar kisah murni yang dilakukan oleh anggota polis dari Pulau Pinang yang membantu seorang wanita kelainan upaya.

Penang Kini/Facebook

Menurut perkongsian dari laman kumpulan Penang Kini di Facebook, wanita kelainan upaya itu pada mulanya telah datang ke Pusat Khidmat DUN Batu Lancang. Bagaimanapun, kerana wanita itu mengalami kesukaran bertutur maka para petugas sukar memahami percakapan wanita itu.

Penang Kini/Facebook

Selepas itu, petugas di Pusat Khidmat DUN berkenaan memutuskan untuk menghubungi Balai Polis Jelutong bagi mendapatkan bantuan. Setelah anggota polis mengenalpasti identiti wanita itu berdasarkan kad pengenalannya, mereka sendiri telah menghantar wanita itu pulang ke rumahnya.

Penang Kini/Facebook

Penang Kini/Facebook

“Mereka (anggota polis) sangat berhemah, tenang dan sabar semasa membantu wanita tersebut,” tulis kiriman berkenaan.

Ternyata, kisah ini telah membuatkan orang ramai berasa sangat terharu dan berterima kasih kepada anggota polis yang terlibat.

Penang Kini/Facebook

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun mendapat lebih dari 1,900 reaksi, 72 komen serta 27 perkongsian setelah dimuat naik pada 19 Mei 2020.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular