Katie Shrume membesarkan kucing comel bernama Peewee. Peewee datang ke rumah Katie ketika berusia 3 minggu.

Bersama jagaan Katie dengan penuh kasih sayang, Peewee membesar menjadi kucing gembira, lincah dan cieria.

Peewee bebas berkeliaran di dalam rumah Katie setiap hari, terutama dia suka memanjat dan seronok berpelukan manja dengan pemiliknya sama seperti kebanyakan kucing normal yang lain.

Suatu hari Peewee mahu menguji kemampuan lompatannya sehingga setinggi mana, tetapi kemudiannya dia tiba-tiba melompat di atas peti ais…

Tidak lama selepas itu, Peewee melompat lagi dan memeluk erat siling sambil terbalik. Adegan itu mengejutkan Katie!

Sambil memegang siling dengan cengkaman kuat, Peewee merangkak ke sana ke mari di atas siling itu dalam keadaan terbalik dan lebih mengejutkan dia tidak pernah jatuh. 

Apabila dia sudah berasa penat dan mahu turun, Peewee akan melompat ke atas peti ais dan kemudian kembali menjejak lantai menjadi kucing biasa.

Katie yang kagum sehingga ternganga mulutnya berkata Peewee akan menjelma seperti ‘Spiderman’ setiap sekali dalam seminggu, melompat terbalik dan merangkak terbalik.

Peewee adalah mahaguru pendakian. Sekiranya terdapat adiwira dunia kucing, sudah pasti Peewee menjadi salah seekor antaranya. 

Si comel Peewee dengan kemampuan uniknya memanjat atap, dinding dan siling yang tidak semua kucing memilikinya. Bertuahnya Katie!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular