PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham semasa sesi sidang media harian pada 19 Mei berkata bahawa Malaysia akan segera menyaksikan penambahan kes Virus Parti Komunis China (COVID-19) hanya satu digit.

Menurutnya, jangkaan itu dibuat adalah berdasarkan daripada jumlah kes harian dua digit dalam kadar yang rendah kebelakangan ini.

Tambah Dr Noor Hisham, negara kini berada di landasan yang betul walaupun terdapat dua lokasi yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu kawasan pasar di Chow Kit dan Pudu.

“Jika kita lihat semula dua minggu lalu, jumlah kes tidak meningkat. Ia juga tidak berkurangan dengan cepat seperti yang kita mahukan namun kita masih lagi menunggu”, katanya.

“Selagi kita dapat mengekalkan kira-kira 20 atau 15 kes setiap hari maka pasukan kami (KKM) dapat mengambil tindakan terhadap kes-kes yang telah dikenalpasti”, jelasnya lagi.

“Jadi untuk beberapa hari akan datang, kita berharap bahawa kita dapat mengekalkan jumlah kes dua digit. Selagi jumlah kes di bawah 50, saya cukup gembira”.

Sehingga 19 Mei, terdapat sejumlah 37 kes direkodkan, di mana 22 daripadanya terdiri daripada warga asing. Manakala terdapat dua kes import dari Singapura dilaporkan.

Baki 35 kes lagi difahamkan adalah penularan tempatan. Ini menjadikan kes keseluruhan adalah sebanyak 6,978 manakala kes aktif pula hanyalah berjumlah 1,218.

Dalam pada itu, seramai 44 orang pesakit telah pulih sepenuhnya. Manakala terdapat satu penambahan kes kematian pada 19 Mei menjadikan jumlah kematian keseluruhan adalah 114 kes.

Walaupun jumlah kes yang direkodkan mencatatan penurunan namun orang ramai masih lagi diseru untuk menjaga penjarakan sosial di tempat awam memandangkan risiko jangkitan masih lagi ada.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular