Pandemik Virus Parti Komunis China (COVID-19) telah menyebabkan penutupan hampir kesemua aktiviti perniagaan kecuali perniagaan dan perkhidmatan penting. Oleh kerana itu, ramai di antara kita terpaksa beralih kepada pembelian barangan secara dalam talian.

Hal ini sudah pasti menguntungkan rata-rata syarikat kurier yang ada memandangkan banyak barangan yang dibeli oleh orang ramai secara dalam talian. Namun ia juga bermakna bahawa pekerja penghantar barangan terpaksa bekerja dengan lebih keras lagi.

Baru-baru ini di laman Twitter, seorang pengguna yang menggunakan nama akaun @antharaxxxx telah memuat naik satu tweet yang turut disertakan dengan beberapa gambar, menunjukkan situasi yang dialami oleh penghantar barangan.

“Mereka berhak mendapat gaji yang lebih”, tulis tweet tersebut. Mana tidaknya, bungkusan barangan yang perlu mereka hantar kelihatan bertimbun! Motosikal mereka itu dipenuhi dengan guni berisi barangan di sisi kiri dan kanan.

Dan mungkin ramai juga di antara kita yang sudah sedia maklum bahawa pendapatan mereka yang bekerja sebagai posmen atau penghantar barangan ini, tidaklah begitu tinggi sejak dahulu lagi hinggalah sekarang.

@anthraxxxx/Twitter

Sebelum ini juga, tular kisah seorang posmen yang duduk termenung mengenangkan bahawa mereka tidak langsung diberi bonus untuk tahun ini walaupun bebanan kerja yang perlu mereka hadapi sangat banyak.

 

Tambah pengguna Twitter ini lagi menerusi ‘thread’nya, gaji penghantar barangan juga hanyalah sekitar RM1,050 hingga RM1,200 sahaja walaupun sudah lama bekerja.

Berikutan daripada kisah tersebut, rata-rata warga alam maya di Twitter bertindak menyeru agar syarikat Pos Malaysia Berhad dapat menangani masalah ini dengan meningkatkan pendapatan golongan berkenaan, setimpal dengan beban kerja mereka.

@anthraxxxx/Twitter

Sama-sama kita harap agar perkara ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak syarikat dan semoga isu ini dapat diselesaikan sebaik mungkin.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular