Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO), saban tahun menyaksikan bilangan kematian seramai 1.35 juta individu yang terkorban akibat terlibat di dalam kemalangan jalan raya.

Daripada laporan tersebut, kecuaian merupakan salah satu penyumbang utama kepada peningkatan jumlah kematian di seluruh dunia ini selain daripada keadaan cuaca, jalan raya, kenderaan dan sebagainya.

Golongan bayi dan kanak-kanak merupakan antara yang paling berisiko terlibat dalam kemalangan jalan raya. Disebabkan itulah kita perlu sentiasa memainkan peranan penting dalam mendidik mereka untuk memiliki pengetahuan asas tentang peraturan keselamatan jalan raya.

Sekurang-kurangnya, mereka tahu dan sedar tentang bahaya berada di jalan raya dan akan mengikuti undang-undang yang ditetapkan.

Singapore Roads safety/Facebook

Baru-baru ini, telah tular di media sosial tentang seorang kanak-kanak yang menunggang skuter seorang diri di tengah-tengah jalan raya yang sibuk.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Singapura ini menyebabkan ramai pihak terkejut dan tertanya-tanya bagaimana kanak-kanak sekecil itu boleh berada di jalan raya yang sesak dengan kereta.

Singapore Roads safety/Facebook

Dalam video berdurasi 30 saat yang dikongsikan oleh Singapore Roads Safety itu memaparkan rakaman daripada kamera kereta salah seorang pengguna jalan raya yang melibatkan seorang budak kecil dianggarkan berusia dua ke tiga tahun berada di tengah jalan raya sambil menolak skuternya.

Kemudian, seorang penunggang basikal telah menyedari kejadian itu lalu bertindak menghentikan kanak-kanak terbabit daripada terus berada di tengah jalan raya.

Pada waktu yang sama, sebuah lori yang sedang dipandu dalam keadaan agak laju kelihatan hampir merempuh kedua-dua penunggang basikal dan kanak-kanak tersebut sebelum sempat menukar arah pada saat akhir.

Singapore Roads safety/Facebook

Penunggang basikal ini kemudiannya bertindak mengendong kanak-kanak tersebut dan basikalnya untuk dibawa ke lokasi yang lebih selamat.

Singapore Roads safety/Facebook

Tidak dapat dipastikan sama ada ibu bapa mahupun penjaga kanak-kanak terbabit berada di kawasan berhampiran mahupun tidak tetapi tindakan pemuda ini benar-benar telah menyelamatkan keadaan.

ROAD.sg/Facebook

Terdahulu pada 20 Mac 2017, ROADS.sg telah memuat naik sebuah video memaparkan kejadian seorang kanak-kanak yang telah dirempuh oleh sebuah teksi di Punggol, Singapura.

Kejadian yang berlaku di simpang lampu isyarat ini memaparkan seorang kanak-kanak yang sedang menunggang skuter melintasi jalan raya sebeluk dirempuh oleh teksi yang bergerak laju dari arah bertentangan.

ROAD.sg/Facebook

Semoga kedua-dua kejadian ini akan dijadikan iktibar oleh para ibu bapa untuk sentiasa mengawasi gerak-geri anak-anak anda bagi menjaga keselamatan mereka.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL VIDEO

Video Popular