PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat rondaan dan pemeriksaan berkala dari rumah ke rumah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang hujung minggu ini.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pihak berkuasa akan terus bertindak mengikut undang-undang sekiranya mendapati terdapat jumlah kenderaan yang banyak di luar atau dalam perkarangan sesebuah kediaman.

Ismail Sabri Yaakob/Facebook

“Apabila balik kampung, ramai yang menganggap pihak polis tidak akan mengawal rumah mereka. Betul, tidak mungkin untuk polis mengawal setiap rumah. Saya dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bahawa pihak polis akan meronda di setiap kawasan dan jika didapati banyak kenderaan di luar rumah, mereka akan menyemak kediaman tersebut,” kata Ismail dalam sidang media di Putrajaya pada Selasa lalu.

Ismail menjelaskan bahawa aktiviti rondaan dan pemeriksaan ini dilakukan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi walaupun semasa sambutan hari perayaan.

Katanya lagi, PDRM dan ATM telah menyatakan persetujuan untuk mengerahkan anggotanya pada hari pertama perayaan dan hari-hari seterusnya bagi memastikan SOP PKPB ini terus dipatuhi sekali gus membantu kerajaan untuk memutuskan rantaian virus Parti Komunis China atau virus PKC (COVID-19).

“Justeru, semua pihak diingatkan mengikuti SOP dan peraturan yang telah ditetapkan. Kerjasama dan kawalan kendiri daripada anda semua amat penting dalam memerangi pandemik COVID-19 ini”.

Gambar Hiasan/Facebook

Ismail memaklumkan bahawa sehingga 18 Mei, sebanyak 250,891 kenderaan telah menjalani pemeriksaan dalam sekatan jalan raya dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,633 kenderaan dilaporkan cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung.

Beliau menegaskan bahawa pergerakan merentas negeri adalah tidak dibenarkan kecuali atas hal kecemasan atau kerja, dan kebenaran rentas negeri perlu dikeluarkan PDRM.

Walau bagaimanapun, Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur dikategorikan sebagai Lembah Klang. Lantaran itu, sebarang pergerakan di antara tiga negeri ini dikira sebagai rentas daerah dan dibenarkan semasa tempoh PKPB.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular