AMERIKA SYARIKAT – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengugut untuk membekukan penyaluran dana negara itu kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sehingga WHO melakukan ‘penambahbaikan substantif’ dalam tempoh 30 hari ini.

Tedros Adhanom Ghebreyesus/VisualHunt

Keterangan itu telah dikongsikan oleh Trump sendiri menerusi akaun Twitternya di mana beliau telah menunjukkan imej surat rasmi yang dihantar kepada Ketua Pengarah WHO iaitu Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Menerusi surat tersebut, Trump telah menyatakan secara jelas tentang pendiriannya selain menyenaraikan beberapa contoh kelemahan pihak WHO dalam menangani wabak ini daripada terus berleluasa.

Antaranya, mengabaikan laporan awal kemunculan virus Parti Komunis China atau virus PKC (COVID-19) selain membentuk hubungan yang terlalu rapat dengan negara China.

@realDonaldTrump/Twitter

@realDonaldTrump/Twitter

@realDonaldTrump/Twitter

@realDonaldTrump/Twitter

“Ia sudah jelas berulang kali tersilap langkah dilakukan oleh anda dan organisasi anda (WHO) sehingga menyebabkan pandemik virus ini mendatangkan kerugian besar kepada dunia. Satu-satunya cara bagi WHO ialah jika boleh menunjukkan kebebasan dan tidak terlalu bergantung kepada China. Jika WHO tidak berminat melakukan penambahbaikan yang substantif dalam tempoh 30 hari akan datang, saya akan membekukan dana Amerika Syarikat kepada pertubuhan berkenaan daripada sementara kepada kekal dan memikirkan semula keahlian dalam organisasi berkenaan”.

Donald J. Trump/VisualHunt

Sebelum ini, Washington telah bertindak menggantung segala bayaran kepada WHO bermula pertengahan bulan April.

Tindakan ini diambil selepas pihaknya merasakan WHO mempunyai hubungan yang terlalu rapat dengan Beijing yang dipercayai telah menyembunyikan fakta dan gagal menangani pandemik COVID-19.

Gambar Hiasan/VisualHunt

Di samping itu, Presiden Trump turut menyifatkan WHO sebagai boneka China sekali gus mungkin akan memotong atau menghentikan sokongan terhadap WHO sekiranya tiada sebarang perubahan dilakukan.

Sebelum ini, Amerika Syarikat telah menyediakan sumbangan dana sebanyak RM1.97 bilion setiap tahun kepada WHO. Amerika Syarikat merupakan penyumbang dana terbesar dan mencapai 15% dari seluruh jumlah dana yang diterima oleh WHO sepanjang tahun 2019.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular