- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Berikutan kerugian besar, Thai Airways difailkan bankrap setelah 32 tahun beroperasi

Pandemik Virus Parti Komunis China (COVID-19) secara tidak langsung turut memberikan impak yang besar terhadap industri perhotelan dan penerbangan. Sehingga ke hari ini, sudah terdapat beberapa hotel yang sudah menutup operasi ekoran menanggung jumlah kerugian.

Malah ada juga beberapa hotel dan syarikat penerbangan yang memutuskan untuk mengurangkan saiz operasi mereka secara drastik bagi membolehkan mereka kekal dalam perniagaan. Sudah pasti trend sebegini tidak dapat berubah dalam waktu yang singkat.

ROSLAN RAHMAN/AFP via Getty Images

Menurut laporan baru-baru ini, salah satu syarikat penerbangan terkenal di dunia, Thai Airways International telah menfailkan bahawa syarikat tersebut telah muflis susulan kerugian besar yang dialami.

Tindakan itu diputuskan oleh pihak kerajaan di Mahkamah Muflis Pusat bagi membolehkan pelan pemulihannya dapat dilaksanakan. Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha berkata bahawa ia adalah jalan terbaik untuk membantu syarikat menyelesaikan masalah kewangan.

Di bawah pelan pemulihan berkenaan, Thai Airways tidak akan menerima sebarang bantuan kewangan daripada pihak kerajaan tetapi dalam masa yang sama, syarikat itu juga tidak boleh memberhentikan 20,000 orang kakitangannya.

JACK TAYLOR/AFP via Getty Images

“Ia adalah satu keputusan yang sukar tetapi ia demi kepentingan negara dan rakyat”, tambahnya yang turut berkata proses pemulihan semula Thai Airways agak sukar kerana terdapat peraturan ketat di bawah undang-undang buruh dan perusahaan.

Difahamkan sebelum ini syarikat penerbangan berkenaan sedang menunggu dana bantuan berjumlah 58.1 bilion baht (RM7,912,736) daripada pihak kerajaan Thailand.

Thai Airways sebelum ini sudah diketahui mengalami kerugian sebelum berlakunya penularan wabak Virus PKC (COVID-19) secara global. Pada ketika ini, mereka dibebani dengan jumlah hutang hampir 300 bilion baht (RM 40,876,651,770).

Walau bagaimanapun keputusan ini tidak bermakna bahawa Thai Airways tidak akan beroperasi lagi memandangkan syarikat kini sedang dalam proses untuk memulihkan krisis kewangan dengan menjual 3% saham milik kerajaan.

Namun dengan berbuat demikian, ia membawa maksud bahawa Thai Airways bukan lagi milik negara.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

 

loading...