Seorang penggubal undang-undang kongres mengibarkan dua bendera Amerika di Capitol Amerika Syarikat pada 13 Mei bagi meraikan disiplin kerohanian Falun Gong.

Hari itu menandakan genap 28 tahun sejak amalan kerohanian itu diperkenalkan bermula di timur laut China pada tahun 1992. Sejak itu, Falun Gong telah tersebar ke lebih dari 90 negara, dengan anggaran 70 juta hingga 100 juta pengamalnya.

York Du/The Epoch Times

Latihan tersebut yang juga dikenali Falun Dafa, terkenal dengan latihan meditasi dan ajaran moral yang berpegang kepada prinsip asas Sejati, Baik, Sabar.

Pengamal dan penyokong Falun Gong memperingati 13 Mei yang juga merupakan ulang tahun kelahiran pengasas amalan Falun Gong, Encik Li Hongzhi sebagai Hari Falun Dafa Sedunia.

Perwakilan Brian Fitzpatrick (R-Pa.) meminta dua bendera Amerika Syarikat dikibarkan bersempena hari tersebut, mengiktiraf Hari Falun Dafa Sedunia dan ulang tahun kelahiran Li Hongzhi, calon Hadiah Nobel Keamanan sebanyak lima kali, kerana memperkenalkan praktik Falun Gong.

Sijil untuk menaikkan bendera sebagai penghormatan buat Li Hongzhi berbunyi, “Warisan anda akan terus menyentuh dan menanam keyakinan pada generasi pemimpin kami dan seluruh dunia pada masa depan.”

Jennie Sheeks/The Epoch Times

Bendera AS tersebut sejak itu telah dibawa dari Washington kembali ke Bucks County, Philadelphia. 

Jennie Sheeks, seorang pengamal Falun Gong tempatan yang mengambil bendera tersebut pada 15 Mei, berkata bahawa acara itu membawa pesanan khas untuk para pengamal, mengingati penganiayaan berterusan di China yang menyasarkan kepada kepercayaan mereka.

Sejak tahun 1999, penganut Falun Gong telah menghadapi gangguan, menjadi buruh paksa, atau dipenjarakan secara berterusan dalam kempen yang semakin meningkat bertujuan untuk membasmi kumpulan spiritual ini.

Propaganda kebencian memenuhi gelombang udara dan media negara komunis itu selama berbulan-bulan, dan orang-orang berisiko dipenjarakan atau diseksa selepas bersuara positif kerana mengiktiraf latihan Falun Gong atau membawa risalah maklumat mengenainya.

Jennie Sheeks berkata dalam satu wawancara, “Dengan hakikat bahawa di China anda tidak dapat benar-benar mengakses media bebas dan percuma, dan terdapat begitu banyak propaganda yang mengerikan mengenai Falun Dafa, ia boleh menjadi tempat paling sunyi untuk menjadi seorang pengamal Falun Dafa.”

York Du/The Epoch Times

Jennie menambah gerakan simbolik ini akan mendorong para pengamal Falun Gong di China ketika ini untuk ‘terus bersabar di bawah penderitaan yang mereka lalui’.

Ramai warga China yang biasa mempunyai rasa kesalahfahaman mengenai amalan tersebut kerana indoktrinasi Parti Komunis China, maka peristiwa pengibaran bendera dan sokongan Amerika Syarikat terhadap amalan yang disimbolikkan, mungkin akan “membuat mereka menyedari bahawa penganiayaan terhadap Falun Dafa adalah salah dan kini sudah tiba masanya untuk mengakhiri penganiayaan yang telah berlarutan selama 20 tahun,” kata Jennie.

Minghui.org, pusat penjelasan yang berpusat di Amerika Syarikat menjelaskan dalam laporan pertama penganiayaan, telah mendokumentasikan sekitar 4,500 kematian akibat kempen yang disokong oleh negara komunis itu dan lebih daripada 113,000 kes penyeksaan telah dilaporkan setakat ini. 

Kerana penapisan media yang berat sebelah, jumlah kematian sebenar dalam kempen PKC untuk membasmi Falun Gong tetap menjadi mustahil untuk dipastikan secara tepat.

Salah seorang rakan Jennie Sheeks yang melarikan diri dari China kerana penganiayaan itu mengatakan bahawa dia harus melakukan kerja buruh paksa selama berjam-jam untuk mengupas bawang putih, membuat jarinya membengkak dan terbakar. Dia juga dipaksa untuk terus bekerja dengan kekurangan tidur selama 20 hari. 

Seorang lagi rakannya, bekas calon doktor dari Universiti Tsinghua yang berprestij, telah ditahan selama lima tahun dan diseksa dengan 10 kali baton elektrik bervoltan tinggi kerana enggan melepaskan kepercayaannya terhadap Falun Gong, menurut Jennie.

York Du/The Epoch Times

Pengiktirafan serta penghormatan di Capitol terhadap amalan Falun Gong telah menjadi inspirasi buat diri serta tiga orang anak Jennie yang berusia 10 hingga 13 tahun yang kini sedang terperangkap di rumah kerana Virus Parti Komunis China (COVID-19), untuk terus menjalani kehidupan berdasarkan prinsip Sejati, Baik, Sabar yang diamalkan dalam latihan ini.

“Sekiranya anak muda hari ini dapat menyelami dan memahami prinsip-prinsip ini untuk meningkatkan keperkasaan hati nurani dan fikiran masing-masing, maka itu akan menjadikan dunia ini menjadi lebih baik untuk semua orang,” kata Jennie Sheeks.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular