Umum mengetahui pasukan barisan hadapan negara kita akan berusaha terlebih ke depan ketika membantu negara dalam mengekang penyebaran Virus Parti Komunis China (COVID-19).

Dalam masa menjalankan tugas sedia ada yang diberikan, terdapat segelintir anggota barisan hadapan yang akan memikul tanggungjawab lain tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Bagi pendapat sesetengah orang, abang polis kita dengan tugasnya mungkin nampak garang dan tegas tetapi sebenarnya mereka sangat baik hati. 

Buktinya dapat dilihat dengan tindakan prihatin yang ditunjukkan oleh salah seorang anggota polis dari IPD Petaling Jaya. 

Malay Mail melaporkan Koperal Muhammad Azizi Matshah, berada di Pasar Besar Jalan Othman, Petaling Jaya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di sana bersama Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal apabila beliau didatangi oleh seorang mak cik tua berbasikal yang meminta bantuan untuk membayarkan bil utilitinya di pejabat pos.

Tanpa ragu-ragu dan mendapat keizinan daripada pegawai atasannya, Koperal Azizi segera bergegas ke pejabat pos berhampiran untuk membantu membayarkan bil warga emas tersebut.

Dalam satu posting di Facebook Polis Daerah Petaling Jaya, mak cik tersebut mengucapkan terima kasih kepada Koperal Azizi dengan ungkapan yang sangat comel, “Sayang… sayang, terima kasih!”

Pada masa-masa sukar seperti ini tambahan pula bagi mereka yang berada di kawasan PKPD, adalah lebih baik kita bersangka baik untuk membantu sama lain serta memudah cara golongan yang benar-benar memerlukan seperti warga emas ini.

Perkara biasa dan kecil boleh menjadi tekanan terutama ketika semua orang tidak dapat bergerak bebas disebabkan oleh sekatan pergerakan yang telah diperketatkan.

Akan tetapi, sekiranya semua orang begitu prihatin untuk membantu yang lain semampu boleh tanpa mengira bangsa dan agama, maka semua perkara itu akan menjadi lebih baik, mudah dan memberi sinar harapan serta kepercayaan.

 

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular