Terkesan dengan pandemik Virus Parti Komunis China (COVID-19) yang sedang melanda dunia kini, pelajar secara keseluruhannya harus menyesuaikan diri dengan ‘normal baru’ untuk menggantikan pembelajaran secara tradisional dengan pembelajaran dalam talian, tetapi ini adalah kaedah yang akan membebankan golongan kurang berkemampuan.

Pada 17 Mei, seorang netizen Thailand memulakan perbincangan mengenai ‘e-learning’ atau ‘e-pembelajaran’ dan topik tersebut pernah berada dalam kedudukan nombor 1 di Thailand.

Seorang netizen dari Thailand bernama Jatupol Boriboon memuat naik gambar seorang nenek yang membawa cucu lelakinya ke sebuah kedai telefon untuk membeli telefon pintar bagi tujuan digunakan untuk pembelajaran dalam talian, yang menarik perhatian netizen sehingga menjadi topik hangat diperkatakan.

Nenek itu bertanya, “Adakah dijual telefon pintar di bawah 2,000 baht?” Cucunya memerlukannya untuk pembelajaran dalam talian. Dia hanya mempunyai 2,000 baht (sekitar RM271) yang mana perkara itu sangat menyedihkan.

Jatupol mendedahkan bahawa nenek itu datang kepadanya dan bertanya apakah dia ada menjual telefon pintar dengan harga lebih rendah daripada 2,000 baht dan kemudian dia telah ditanya, “Adakah telefon itu untuk cucunya?”

Kemudian nenek itu menjawab, “Ya, cucunya memerlukannya untuk kelas dalam talian.”

Oleh kerana nenek itu hanya mempunyai 2,000 baht, dia kemudian mencadangkan kepada nenek itu dengan telefon pintar dalam promosi, tetapi selepas itu nenek ini perlu pula membayar bil internetnya setiap bulan.

Tulis Jatupol, “Nenek itu berkata dasar pembelajaran dalam talian itu sangat baik, tetapi bagi mereka yang berada dalam keluarga yang sangat miskin, ia mungkin satu tamparan hebat atau mungkin menjadi lebih buruk kerana mereka tidak mampu.”

“Kebanyakan pelajar sekolah rendah tidak memiliki telefon pintar. Sekarang mereka perlu mendapatkannya bagi kelas dalam talian, yang pasti akan membebankan ramai ibu bapa.”

“Sebilangan orang mengatakan bahawa anda boleh menggunakan televisyen satelit dan digital untuk mendapatkan pembelajaran dalam talian. Tetapi bagaimana jika keluarga anda yang tidak memiliki televisyen dengan servis itu di rumah? Adakah ibu bapa mesti membelinya? Adalah baik sekolah cepat dibuka bagi membolehkan anak-anak memulakan persekolahan tepat pada waktunya. Agar ibu bapa kurang berkemampuan tidak dibebani.”

Pixabay/Gambar Hiasan

Posting Jatupol Boriboon telah dikongsi oleh lebih daripada 182,000 netizen dan 23,000 komen di Facebook sejak ia disiarkan, dan ia juga menduduki tempat kedua dalam carian panas Twitter di Thailand.

Para netizen memberikan pendapat mengenai pembelajaran dalam talian dan menimbulkan perdebatan di media sosial.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular