Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada pertengahan bulan Mac lalu sehinggalah sekarang, sudah pasti perkhidmatan kurier sangat membantu kita semua dalam membeli barangan di internet.

Mereka bekerja keras untuk memastikan barangan yang dipesan orang ramai sampai di muka pintu secepat yang mungkin, tambahan pula pesanan barangan orang ramai pula meningkat dengan mendadak semenjak PKP.

Namun baru-baru ini, terdapat situasi yang sangat memilukan apabila seorang posmen dilihat duduk termenung setelah menjawab satu panggilan telefon. Ia dikongsikan oleh seorang pengguna di Facebook yang menggunakan nama Masakan Utara Barat.

Menurutnya, posmen terbabit duduk termenung dalam keadaan basah lencun ketika hujan lebat. Riak wajahnya kelihatan sangat menyedihkan. Dia ingin tahu namun berasa segan untuk bertanya, takut-takut jika ia berkaitan masalah percintaan.

Masakan Utara Barat/Facebook

Setelah beberapa kali ditanya oleh adik kepada pengguna Faceook berkenaan, posmen itu akhirnya mendedahkan bahawa dia mendapat tahu daripada rakannya bahawa tahun ini mereka langsung tidak mendapat bonus.

Menurutnya, ia tidak pernah terjadi lagi sebelum ini memandangkan tahun lalu, mereka mendapat sejumlah RM1000. Tetapi untuk tahun ini, tiada bonus diberikan walaupun bebanan kerja mereka makin bertambah.

Ia begitu sayu sehinggakan posmen terbabit tidak dapat menahan sebak lalu mengalirkan air mata. Mana tidaknya, pemberian bonus itu sangat diharapkan kerana banyak tanggungannya semenjak bapanya meninggal dunia 3 tahun lalu.

Dia mahu menjelaskan hutang motor, bayar sewa rumah dan pelbagai perbelanjaan lain memandangkan gaji asas seorang posmen hanyalah RM1,000 lebih sahaja. Maka pemberian bonus itu sudah tentu meringankan bebannya.

Masakan Utara Barat/Facebook

Justeru situasi ini membuatkan timbul bermacam-macam persoalan pengguna Facebook berkenaan khasnya pada pihak Pos Malaysia dan Poslaju kerana tidak dapat memberikan bonus kepada para pekerja.

Jika difikirkan secara logik, tahun ini sepatutnya bonus dapat diberikan lebih berbanding tahun lalu kerana barangan yang dipesan orang ramai meningkat secara mendadak maka ia menguntungkan pihak syarikat, bukan?

Ditambah lagi dengan harga minyak yang kini jauh lebih murah maka ini bermakna kos penghantaran tidaklah begitu menjejaskan kewangan syarikat. Pihak Pos Malaysia Berhad dan Poslaju seharusnya tidak menjadikan situasi pandemik ini sebagai alasan untuk tidak memberikan bonus.

Ini kerana tanpa pekerja, mana mungkin syarikat berjaya untuk memenuhi permintaan pelanggan terutamanya ketika tempoh pelaksanaan PKP ini? Diharapkan agar perkara ini mendapat perhatian serius oleh mereka yang berkenaan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular