Kalau sudah nama perempuan pastinya memiliki almari yang penuh dengan pakaian sehingga keliru hendak memakai baju apa setiap hari.

Sama seperti wanita bernama Caitlyn ini, dia juga berhadapan dengan situasi yang sama.

LookerNews

Walaupun mempunyai banyak pakaian dia masih duduk termenung di depan almari dan memikirkan pakaian apa yang perlu dipakainya. Untuk membantunya memilih pakaian dia akhirnya meminta suaminya, Colin untuk menolongnya memilih pakaian selama seminggu.

Anda rasa apa yang berlaku kepada Caitlyn? Adakah pilihan suaminya sesuai dengan aktiviti hariannya? Lihat sendiri pakaian pilihan Colin yang dipakai oleh isterinya setiap hari selama seminggu.

1. Isnin

LookerNews

Caitlyn mempunyai mesyuarat yang perlu dihadiri hari tersebut, jadi pemilihan pakaian adalah sesuatu yang sangat penting sehingga dia terpaksa bangun awal pagi dan menolak pakaian yang dicadangkan suaminya pada mulanya.

Colin walau bagaimanapun tetap membantunya memilih pakaian sehingga akhirnya suaminya mencadangkan set pakaian berwarna ceria tersebut.

Pada hari itu semua orang memuji pakaiannya dan Caitlyn mula berasa yakin untuk memakainya lagi pada masa akan datang.

2. Selasa

LookerNews

Pada awal hari itu, Caitlyn perasan bahawa suaminya lebih suka pakaian berwarna terang seolah-olah mahu mengubah isterinya menjadi cahaya matahari.

Tidak hanya itu, Colin juga tahu bahawa isterinya mempunyai sebuah beg tangan yang sudah lama tidak digunakan. Jadi dengan pakaian berwarna terang dan beg tangan bercorak itu buatkan Caitlyn lebih berseri.

3. Rabu

LookerNews

Hari itu adalah hari ulang tahun perkahwinan Caitlyn dan Colin. Memandangkan mereka memiliki dua orang anak kecil jadi mereka memutuskan untuk menikmati makan malam di rumah sahaja.

Namun begitu, Caitlyn tetap mengenakan gaun cantik yang dipilih oleh suaminya untuk sambutan malam itu.

4. Khamis

LookerNews

Caitlyn memberitahu bahawa dia sudah lama tidak mengenakan gaun merah ini sehingga dia sendiri lupa akannya.

Setelah mengenakan gaun itu, Caitlyn masih merasakan gaun itu terlalu pendek dan merasa terlalu terdedah tetapi Colin tetap memuji dengan mengatakan dia benar-benar cantik dan hal itu telah meningkatkan keyakinan dirinya.

5. Jumaat

LookerNews

Pada hari itu mereka akan bertemu dengan ibu bapa Caitlyn. Caitlyn mengatakan bahawa jika bukan kerana Colin membantunya, dia pasti sudah memilih untuk memakai skirt tetapi Colin pula berpendapat  sebaliknya.

Memandangkan mereka mahu berjumpa dengan ibu bapa Caitlyn, jadi isterinya harusnya memakai pakaian yang selesa, kemas dan lebih santai.

6. Sabtu

LookerNews

Sabtu adalah hari untuk berjalan bersia-siar bagi keluarga mereka. Oleh itu, mereka masing-masing cuba melakukan sesuatu yang baru walaupun pada pandangan mata orang ramai pakaian yang dipakai tidak kena atau padanan pakaian yang tidak sesuai.

7. Ahad

LookerNews

Mereka tidak mempunyai rancangan untuk hari itu, jadi Colin mahu melihat Caitlyn kelihatan lebih feminin dan elegan. Jadi Caitlyn akhirnya memakai gaun yang sudah lama mahu dipakainya walaupun gaun itu lebih sesuai digunakan di majlis keramaian.

Sebenarnya Caitlyn sendiri terkejut dengan pendapat dan pandangan Colin terhadap pakaiannya.  

LookerNews

Colin juga sangat bertanggungjawab terhadap cabarannya kali ini. Setiap pagi, dia memilih pakaian untuk isterinya dengan teliti supaya sesuai dengan acara dan majlis yang berbeza.

LookerNews

Maybe you're interested :

Share

Video Popular