Sebut sahaja nama Sugu Pavithra pastinya ramai yang kenal dengan figura popular ini. Mana tidaknya, ‘Youtuber’ berbangsa India ini kini sudah mempunyai lebih daripada 400 ribu ‘subscribers‘ yang bukan sahaja terkenal di  Malaysia malah turut dikenali di luar negara.

Wanita ini berjaya menarik perhatian ramai dengan pelbagai resipi masakan yang semakin menjadi ikutan orang ramai. Dengan menggunakan bahasa Melayu dan ayat-ayat yang mudah difahami semakin ramai yang mula meminati video masakannya.

Selain itu, apa yang menariknya beliau bukan hanya sekadar memasak malah turut menunjukkan kehidupan yang sederhana di samping keluarganya.

Sugu Pavithra walau bagaimanapun bukan sahaja berjaya menambat hati rakyat Malaysia malah videonya juga berjaya mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga PM sendiri memberikan hadiah kepadanya.

Bernama TV/Facebook

“Kami mendapat hadiah tripod, ketuhar gelombang mikro dan barang masakan seperti beras, minyak dan rempah, dan PM juga ada memberi kad ucapan dengan tulisan ‘keep up the good work and stay at home‘ (teruskan usaha baik dan duduk di rumah)

Bernama TV/Facebook

Pavithra dan suaminya telah memuat naik pelbagai video memasak di akaun YouTube ‘Sugu Pavithra’ sejak Januari lalu dan berjaya menambat hati rakyat Malaysia tanpa mengira peringkat umur mahupun kaum.

Video ucapan yang dimuat naik ke laman YouTube oleh Sugu sebaik menerima hadiah daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin:

Sugu Pavithra/YouTube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular