Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar tentang kisah penghantar makanan yang secara sukarela melakukan kebaikan untuk seseorang yang tidak dikenali. Malah, ada juga antara kisah mereka yang berbudi dengan haiwan jalanan ketika mereka sedang menjalankan tugas mereka.

Menerusi entri kali ini, kami akan berkongsi dengan anda kisah seorang penghantar makanan Foodpanda yang cukup baik hati menghantarkan bungkusan pos yang ditemuinya di tengah jalan ketika dia sedang menjalankan tugasnya.

Nur Farah Ayu/Facebook

Menurut penghantar makanan itu, Muhammad Shabri, dia langsung tidak menyangka bahawa penerima bungkusan, Nur Farah Ayu, akan berkongsi kisah tersebut di laman Facebook.

“Saya ikhlas mahu membantu, tiada niat lain. Saya terjumpa barang itu dan menghantarnya.

“Mungkin dia (penghantar barang) tidak menyedari bahawa bungkusan itu terjatuh,” ulasnya kepada mStar.

Nur Farah Ayu/Facebook

Kisah Sabri ini telah menjadi tular apabila Nur Farah memuatnaik kiriman di laman kumpulan ‘Kami Penduduk Bentong’ di laman Facebook. 

“Bungkusan saya terjatuh di jalan raya dan ditemui oleh penghantar makanan Foodpanda. Dia menghubungi saya dan menghantar bungkusan itu ke rumah saya. Dia adalah seorang yang baik, semoga dia dimurahkan rezeki,” kata Nur Farah.

Nur Farah Ayu/Facebook

Disamping itu, Nur Farah juga menjelaskan bahawa penghantar bungkusan dari syarikat J&T tidak sengaja terjatuhkan bungkusan tersebut dan dia sama sekali tidak menyalahkan mereka. Malah menurutnya, servis dari syarikat tersebut adalah begitu memuaskan selama ini.

Bercerita tentang insiden itu, Sabri yang ditemuramah oleh mStar menjelaskan bahawa dia sedang dalam perjalanan menuju ke pejabatnya setelah selesai menghantar makanan ketika menemui bungkusan itu atas jalan raya.

Nur Farah Ayu/Facebook

Oleh kerana alamat penerima bungkusan adalah laluan yang sama dengan laluan pejabatnya, Sabri memutuskan untuk menghantar sendiri bungkusan berkenaan. Bagaimanapun, apabila tiba di rumah Nur Farah, dia mendapati bahawa rumah tersebut tidak berpenghuni lantas Sabri meninggalkan mesej melalui aplikasi Whatsapp kepada Nur Farah.

Selepas berjaya menghubungi Nur Farah, Sabri tanpa berlengah terus pergi semula ke rumah Nur Farah untuk menghantar bungkusan itu. Baik hati sungguh!

Nur Farah Ayu/Facebook

Menurut Nur Farah dalam kiriman di laman Facebook, Sabri malahan menolak untuk menerima bayaran upah untuk penghantaran bungkusan itu.

“Niat saya ikhlas. Saya pernah memesan barang dalam talian sebelum ini dan saya faham perasaan menunggu barangan itu sampai. Saya cuma meletakkan diri saya di tempatnya sahaja,” ulas Sabri merendah diri.

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun mendapat lebih dari 1,200 reaksi, 112 komen dan 87 perkongsian. Rata-rata daripada warganet yang meninggalkan komen turut berterima kasih kepada Sabri dan memuji tindakan murninya.

Nur Farah Ayu/Facebook

Tahniah Muhammad Sabri, anda telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia kaya dengan sifat jujur dan amanah!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular