Menerusi sidang media harian COVID-19 pada 15 Mei (Jumaat), Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham ketika menjawab persoalan daripada media menasihatkan orang ramai untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah masing-masing untuk melindungi ahli keluarga.

Kementerian Kesihatan Malaysia/Facebook

Dalam sidang berkenaan, beliau menerangkan bahawa tindakan ini perlu dilakukan oleh semua rakyat Malaysia agar setiap ahli keluarga dapat dilindungi dan seterusnya komuniti setempat juga turut dapat dilindungi dari ancaman wabak berbahaya ini.

“Kami ingin menganjurkan atau bahkan menasihati orang ramai untuk mengadakan Hari Raya secara tertutup (di rumah) yang sederhana.”

“Ini belum pernah terjadi sebelumnya, tetapi setidaknya kita dapat melindungi keluarga kita. Kita harus melindungi keluarga kita sendiri, komuniti kita sendiri,” tegasnya.

Datuk Dr Noor Hisham juga sempat mencadangkan agar orang ramai melaksanakan perintah berkurung di kediaman masing-masing untuk mengelakkan interaksi dengan orang luar.

Gambar hiasan. Kredit: Unsplash

Disamping itu, beliau turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga walaupun dengan ahli keluarga sendiri, terutamanya ahli keluarga yang datang dari zon merah.

“Anda perlu melindungi orang tua, anda perlu melindungi (orang kurang upaya). Ini adalah sesuatu yang boleh anda lakukan, lakukan perintah berkurung untuk rumah anda sendiri, dan mungkin berhenti berkunjung dari satu rumah ke rumah lain,” tambahnya lagi.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular