Menerusi kajian yang dilakukan oleh Majlis Pengguna Hong Kong berkenaan tahap ketahanan senduk masakan plastik, mereka mendapati bahawa hampir separuh jenama senduk masakan yang dikaji menemui keputusan yang membimbangkan.

Pixabay | tookapic

Daripada 17 senduk masakan plastik yang dikaji, dapatan kajian menunjukkan separuh bilangan daripada jumlah tersebut mempunyai migrasi residu yang melebihi had yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah.

Perkara ini adalah berbahaya kerana bahan yang dibebaskan daripada senduk masakan ini boleh menyebabkan penyakit kanser.

ezbuy

Menerusi kajian yang menggunakan minyak yang mendidih, sebatang senduk masakan berjenama JMJ (dijual melalui aplikasi e-dagang ezbuy) yang dihasilkan di China didapati telah mencair dalam masa 60 saat walaupun bungkusan produk berkenaan mendakwa bahawa produk berkenaan mempunyai daya tahan panas sehingga 220°C.

Seterusya, hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat lima jenis jenama senduk masakan plastik yang gagal memenuhi piawaian apabila digunakan ketika memasak makanan masam atau beralkohol.

Lima jenama senduk masakan plastik berkenaan ialah:

  1.  Ideale Chef
  2. Circulon
  3. EZ cook
  4. Tefal
  5. Chef’s Favor

Berdasarkan kajian, didapati bahawa senduk masakan berjenama Ideale Chef telah mencair selepas menjalani ujian minyak mendidih dengan mencatatkan bahan migrasi yang paling tinggi iaitu 11 kali ganda daripada nilai piawaian yang ditetapkan.

Selain itu, kajian yang dijalankan itu juga mendapati bahawa senduk masakan jenama Suncraft dan GastroMax menjadi sedikit rosak setelah diuji. Senduk jenama ini, seperti kebanyakannya, juga boleh didapati melalui aplikasi e-dagang seperti Shopee dan Fishpond dengan harga serendah RM15 hingga RM67.

Disamping itu, kajian berkenaan juga mendapati bahawa senduk masakan berjenama Daiso (RM6.70) dan IKEA (RM14) menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding jenama lain.

Senduk masakan jenama Daiso misalnya, hanya mempunyai perubahan dari segi warna sahaja apabila diletakkan dalam minyak yang mendidih selama 15 minit. Manakala, senduk masakan jenama IKEA pula menunjukkan prestasi yang paling baik antara semua jenama yang dikaji.

Youtube | SCMP Clips

Bagaimanapun, menurut laporan SCMP, ketua eksekutif Gilly Wong Fung-han berkata adalah lebih baik untuk meminimumkan masa pendedahan senduk masakan terhadap suhu yang tinggi.

“Kita boleh berusaha untuk tidak meninggalkan senduk masakan plastik dalam periuk panas ketika memasak untuk mengelakkan perubahan bentuk,” katanya.

Selain itu, Wong juga menasihatkan para pengguna untuk selalu memeriksa permukaan senduk masakan dan menggantikannya dalam kadar segera sebaik sahaja mereka menemui kesan yang tidak normal pada permukaan senduk masakan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati semasa membeli senduk masakan, dan digalakkan untuk menggunakan senduk yang diperbuat daripada kayu atau buluh ketika menggoreng atau digunakan dalam suhu panas yang berpanjangan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular