Kebaikan hati sudah semestinya tidak mengenal bangsa, agama, jantina mahu batasan fizikal sekali pun.

Contoh terbaik di sini menunjukkan sikap prihatin sesama insan yang tidak mengenal bangsa berlaku di satu persimpangan lampu isyarat di Langkawi, Kedah.

Seorang wanita berhenti ketika lampu isyarat merah di KFC Pokok Asam, Langkawi setelah tiba-tiba terlihat seorang lelaki tua sedang melintas jalan di hadapannya. 

LANGKAWI SANA SINI /Facebook

Beliau cepat-cepat turun dari keretanya dan menawarkan lelaki itu makanan untuk dinikmati ketika juadah berbuka puasa kelak. 

Gambar insiden tersebut telah dimuat naik oleh Mohd Aminudin dalam kumpulan Facebook LANGKAWI SANA SINI.

Aminudin menulis, “Salam Ramadan yang diberkati kepada saudara-saudaraku yang beragama Islam. Saya secara tidak sengaja menyaksikan wanita ini yang turun dari keretanya ketika lampu isyarat merah di KFC Pokok Asam lalu beliau menawarkan makanan kepada seorang lelaki tua yang sedang melintas jalan.”

“Betapa mulia hatinya, walaupun beliau bukan seorang Muslim, namun cukup peduli untuk menjadi dermawan kepada semua orang berdasarkan sikap kemanusiaannya,” tambah Aminudin.

LANGKAWI SANA SINI /Facebook

“Saya berharap kiriman ini sampai kepadanya, wanita yang memberikan makanan kepada lelaki tua itu. Terima kasih banyak di atas bantuan anda,” Aminudin mengakhiri catatan.

Sikap belas dan prihatin wanita ini harus dicontohi oleh semua rakyat Malaysia, terutama buat mereka yang berkemampuan untuk membantu orang lain. 

Berbuat baik kepada semua orang, itu adalah sikap kita sebagai rakyat Malaysia.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular