PETALING JAYA- Shopee Malaysia baru-baru ini telah membuat pengumuman mengenai pengharaman ke atas  semua penjualan telur penyu yang menggunakan platform tersebut.

Tindakan tersebut dilakukan setelah pihak Shopee menerima pelbagai aduan dan laporan di laman Twitter mengenai penjualan telur penyu yang menggunakan platform membeli-belah di atas talian itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 14 Mei, Shopee Malaysia menjelaskan bahawa pihaknya “tidak akan bertolak ansur dengan penjualan produk haiwan dan hidupan liar di platform mereka” seperti yang dinyatakan di dalam polisi mereka.

Pihak Shopee juga menegaskan bahawa mereka akan mengambil tindakan tegas terhadap pengguna yang tidak mematuhi piawaian tersebut.

@ShopeeMY/Twitter

Penjualan telur penyu tersebut walau bagaimanapun telah dijual sebanyak 129 biji telur sepanjang menggunakan platform tersebut sebelum di ‘banned’ oleh pihak Shopee.

Dengan menggunakan gambar terlur penyu dengan kapsyen “Telur Penyu Original Terengganu” penjual telah menjual telur penyu dengan harga RM7.90 sebiji.

@ZoologiMY/Twitter

Hal ini telah menimbulkan bukan sahaja kemarahan orang ramai malah banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menyatakan perkara yang sama.

Di media sosial Twitter, pihak Turtle Conservation Society of Malaysia telah memuat naik status mengenai penjualan tersebut di platform Shopee dan berharap agar syarikat itu akan menapis terlebih dahulu pelanggan mereka atau mereka berisiko akan diboikot.

Selain itu, bersama tweet tersebut juga pihak NGO itu  turut menyeru Jabatan Perikanan Malaysia untuk mengambil tindakan ke atas kesalahan ini.

@TCSMsia/Twitter

Tidak hanya itu, sebuah lagi NGO, ZoologiMY juga telah membuat sebuah bebenang panjang lebar mengenai penjualan dan pembelian telur penyu di Malaysia.

@ZoologiMY/Twitter

Mereka juga turut mengajak orang ramai untuk menghentikan permintaan dan penjualan telur penyu yang telah dijalankan sejak dahulu lagi.

@ZoologiMY/Twitter

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah menyatakan bahawa semua negeri melarang penjualan semua spesies penyu termasuk telur penyu kecuali Terengganu yang hanya melarang penjualan telur Penyu Belimbing.

Menurut The Star, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr Azman Ibrahim mengatakan, kerajaan negeri sedang mencari jalan untuk menggubal undang-undang tersebut.

“Pada masa ini, program pendidikan dan kesadaran masyarakat sedang dilaksanakan dengan fokus pada pelbagai segmen masyarakat,” kata sumber kepada portal berita itu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular