- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Guna lampu LED untuk tanaman, jiran hubungi polis kerana sangka pokok yang ditanam ialah pokok ganja

Bayangkan ketika anda di rumah sedang berehat tiba-tiba rumah anda didatangi pihak polis dan mengatakan bahawa anda ada menanam pokok ganja.

Pastinya sangat mendebarkan bukan? Anda yang tidak bersalah semestinya mula panik dan risau kalau-kalau ada orang yang cuba memerangkap anda.

Detik cemas itu berlaku kepada seorang lelaki di Singapura apabila ruamhnya tiba-tiba didatangi polis pada suatu malam dan mengatakan mereka menerima aduan yang dia menanam pokok ganja di luar rumahnya. Rupa-rupanya jirannya yang tersalah sangka dengan pokok tersebut yang dikira pokok ganja.

ZaoBao [1]

Guru berusia 35 tahun itu sebenarnya menanam beberapa jenis pokok di flatnya di Ang Mo Kio. Memandangkan dia menggunakan lampu LED jirannya menganggap dia sebenarnya menanam pokok ganja.

“Minggu lalu, pegawai polis mengetuk pintu rumah saya, jiran saya mengesyaki saya menanam tanaman ganja dan itulah sebabnya mereka melaporkannya kepada polis.

“Jadi, saya menjelaskan kepada pegawai polis yang saya sebenarnya hanya menanam pokok sayur bendi, bukan ganja.”

Dia mengatakan bahawa dia menggunakan lampu untuk meningkatkan pertumbuhan tanaman kerana pokok-pokok itu tidak terkena cahaya matahari langsung.

Salah faham mungkin berlaku kerana lampu LED juga sering digunakan untuk menanam ganja kerana mereka yang menanam ganja pastinya tidak boleh meletakkannya di balkoni atau tingkap rumah.

Selain itu, lelaki tersebut juga memberitahu bahawa terdapat perbezaan yang besar antara daun pokok bendi dengan pokok ganja. Sekiranya jirannya bertanya kepadanya secara langsung, dia pasti akan menjelaskan perbezaannya kepada mereka.

ZaoBao [1]

Guru itu sebenarnya baru sahaja berpindah ke flat itu pada bulan Mac lalu dan sejak dia berpindah rumah, dia mengatakan bahawa tiada cahaya matahari yang cukup di koridor rumahnya untuk tanamannya membesar.

Oleh itu, dia menggunakan lampu LED untuk membantu pertumbuhan pokok-pokoknya.

loading...