Ramadan tahun ini pastinya agak sukar jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Dengan virus COVID-19 yang masih merebak, ditambah lagi dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan.

Oleh itu, banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mengambil kesempatan untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.  Antara mereka yang turut membantu ialah Dr Imran Hafidz.

Beliau seorang pakar kardiologi dan pensyarah kanan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang telah memulakan Ops Telur Sardin (OTS) dalam usaha membantu keluarga yang terjejas disebabkan oleh ekonomi semasa.

FMT

Menurut FMT, Dr Imran memberitahu bahawa idea itu muncul ketika beliau sedang berusaha memikirkan cara untuk menolong pesakit yang mana keluarganya masih hidup dengan bergantung kepada gaji harian.

Menurut beliau ramai yang harus berusah payah untuk terus bertahan bahkan sebelm PKP dan kuarantin dilaksanakan lagi sehingga sumber pendapatan mereka terjejas.

FMT

Bekerjasama dengan rakan baiknya Fadzhil, kedua-duanya memulakan program tersebut untuk membantu mereka yang memerlukan dengan wang permulaan sebanyak RM1000 untuk membeli makanan yang dapat menampung keluarga selama beberapa hari.

FMT

Idea ini bermula di sekitar Pantai Dalam dengan melibatkan 20 buah keluarga. Projek OTS kini memberi makanan kepada hampir 2,600 keluarga di negara ini termasuklah mereka yang terdiri daripada komuniti pelarian, pendatang asing, orang kurang upaya, ibu dan bapa tunggal.

Inisiatif yang bermula pada minggu pertama PKP ini bukan sahaja akan dilaksanakan sehingga akhir Ramadan tetapi program tersebut tetap akan dilanjutkan selepas itu.

Ketika ditanya mengapa nama OTS dipilih, Dr Imran memberitahu bahawa nama itu dipilih kerana beliau mahu menjadikan program tersebut sebagai sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Tambahan lagi, rakyat Malaysia pastinya suka dengan makanan nasi, telur dan sardin.

FMT

Tambahnya lagi, dalam keadaan sukar seperti ini rakyat Malaysia perlu memberi sokongan antara satu sama lain. Beliau juga percaya bahawa usaha yang lebih keras perlu dilakukan bagi mengatasi kemiskinan secara holistik kerana bimbang terhadap keluarga yang terlibat dalam kitaran kemiskinan yang disebabkan oleh kurangnya peluang atau pendidikan.

FMT

Bagi mereka yang ingin membantu Dr Imran, Asthma Malaysia dan Persatuan Siswazah Wanita Malaysia dalam usaha mereka untuk membantu golongan yang memerlukan, orang ramai boleh melakukannya dengan menyumbang kepada Tabung Dasiswa – PSWM melalui akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad seperti yang tertera pada poster di atas.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular