Sekumpulan penyelidik pertanian di Indonesia mendedahkan bahawa mereka berjaya menghasilkan buah durian tanpa duri.

Menurut Ketua Pemeriksaan dan Perakuan Benih Wilayah Barat Nusa Tenggara bernama Maisin, beliau kini berasa lega kerana orang ramai tidak lagi menganggap durian tanpa duri ini sebagai satu khabar angin.

Pinterest/Gambar Hiasan

Tambahnya lagi tanpa duri, durian ini lebih mudah dibuka dan juga mempunyai rasa yang sama, malah lebih manis berbanding durian biasa.

“Tanpa perisai ‘tajam’, durian ini lebih mudah dibuka. Ia mempunyai rasa yang sama, bahkan lebih manis berbanding durian lain tetapi isinya nipis sedikit,” kata Maisin.

Twitter

Pokok durian tanpa duri tersebut mula ditanam sekitar tahun 2007 di Kampung Treggaluh berdekatan Gunung Rinjani, iaitu sebuah kawasan gunung berapi aktif di Pulau Lombok, Indonesia.

Pada mulanya, pemilik terawal pokok durian terbabit berasa ragu-ragu sama ada buahnya boleh dimakan kerana menyangka ia beracun.

Twitter

Namun anak lelakinya telah mencuba durian tersebut dan mendapati rasanya serupa dan tidak berbeza dengan spesies durian lain.

Sampel pokok durian tanpa duri ini juga telah diambil untuk dikaji dan juga dibiakkan secara komersial.

Twitter

Walau bagaimanapun, hanya dua peratus daripada biji benih pokok durian itu berbunga dan menghasilkan buah.

Penduduk di Indonesia memanggil buah durian tanpa biji ini sebagai durian gundul atau gundulan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI Pesona

Video Popular