Siapa antara anda yang pernah mempunyai bantal busuk ketika kecil dahulu? Pasti ramai sebenarnya yang tidak boleh berpisah dengan bantal kesayangan mereka terutama sekali ketika hendak tidur.

Bayangkan jika suatu hari bantal itu hilang, pasti ada yang menangis dan mengamuk tidak berhenti-henti.

Seperti si kecil ini, dia nampaknya tidak mudah untuk untuk berpisah dengan patung kesayangannya. Apa yang berlaku ialah dia sangat suka dengan patungnya sehingga ianya menjadi comot dan agak berbau kerana tidak pernah dicuci.

Oleh itu, ibunya secara senyap-senyap telah membasuh kesemua anak patungnya ketika si kecil itu ke sekolah.

Patung-patung arnab itu kemudian digantung untuk dikeringkan sehingga bilik pengering kelihatan seolah-olah menjadi ‘rumah penyembelihan’ kerana banyak haiwan yang tergantung seperti menunggu masa untuk disembelih.

bc3ts

Kejadian yang lebih menarik berlaku apabila anak-anak kecilnya pulang dari sekolah. Kedua-dua orang anak perempuannya yang melihat keadaan patung mereka begitu memberi respons yang berbeza.

Dengan air mata di matanya, anak perempuan kedua mengucapkan selamat malam kepada Tutu dan memeluk mainan yang lain untuk tidur.

Anak perempuan yang sulung pula terus ke bilik tidur dengan pandangan yang menyedihkan dan membuka selimut dan dia mengeluarkan dua anak patung anjing dan tidur.

Netizen yang membaca status ibu tersebut turut menceritakan pengalaman mereka membasuh mainan anak- anak mereka yang rata-rata mempunyai pelbagai reaksi tersendiri.

Ada yang menceritakan bahawa anak mereka akan memeluk erat patung kesayangan apabila mereka diberitahu ibu mereka mahu membersihkan anak patung tersebut. Ada juga yang menangis sambil terus memeluk patung mereka seolah-olah tidak rela untuk dibersihkan.

bc3ts

Tidak hanya itu, ada juga antara netizen yang menunjukkan cara-cara untuk membersihkan anak patung anak-anak mereka.

bc3ts

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular