INDONESIA – Seorang juruterbang wanita dari Maryland, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan maut setelah pesawat yang dibawanya menuju ke kawasan pedalaman Papua mengalami masalah dan tidak berfungsi.

Facebook

Mangsa, Joyce Lin yang berusia 40 tahun itu difahamkan telah berlepas dari Sentani menuju ke Mamit, Papua dalam usaha untuk menghantar bekalan ujian COVID-19 ke sebuah klinik tempatan di daerah berkenaan.

Menurut Mission Aviation Fellowship (MAF), pesawat yang hanya dinaiki mangsa berkenaan terhempas lalu jatuh ke dalam Tasik Sentani.

Anggota penyelamat yang terdiri daripada pasukan penyelam walau bagaimanapun mengesahkan bahawa beliau tidak terselamat.

Facebook

Beliau difahamkan berlepas pada awal 13 Mei lalu dengan membawa pesawat MAF Kodiak dan beberapa minit selepas itu, mangsa dikesan telah melaporkan kecemasan.

Dalam kenyataannya, MAF berkata bahawa pihaknya kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menyiasat kejadian tersebut.

Graduan daripada Institut Teknologi Massachusetts tersebut difahamkan telah menyertai MAF beberapa tahun yang lalu sebagai juruterbang dan pakar teknologi maklumat serta sudah 2 tahun bekerja di Indonesia.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular