Baru-baru ini kita ada mendengar atau melihat berita tular di media sosial tentang kasut serta barangan kulit berkulat dan kulapuk di pusat membeli-belah, juga terdapat panggung wayang yang menjadi keadaan seperti itu.

Kini ada satu lagi, bukan sahaja kulat dan kulapuk, malahan menjadi lokasi strategik pembinaan sarang burung yang akhirnya menetaskan anak-anak burung yang comel. 

Ada orang berkata ini gara-gara PKP, maka macam-macam benda boleh terjadi termasuk perkara yang boleh menyentuh hati atau mencuri perhatian netizen seperti kisah bagaimana anak burung comel boleh menetas dari dalam kasut ini boleh terjadi.

@MdAeEmAi/Twitter

Baru-baru ini, netizen @MdAeEmAi telah berkongsi kisah luar biasa di Twitter tentang bagaimana dia menjumpai sarang burung dari dalam salah satu kasutnya setelah tidak memakainya selama hampir dua bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di Malaysia.

Paling mengagumkan apabila sarang burung itu berdasarkan gambar yang dipaparkan sama sekali tidak kelihatan buruk! 

Bahkan, ranting dan lalang kecil itu ditata dengan rapi, dengan dua biji telur comel berbintik-bintik di tengahnya menunjukkan kreativiti dan kerja si ibu burung yang sangat teliti serta dibuat dengan penuh kasih sayang.

@MdAeEmAi/Twitter

Tetapi yang menjadikan kisah ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa @MdAeEmAi membiarkan sarang burung itu tanpa gangguan, bagi membolehkannya untuk kembali dan melihat sendiri hasilnya beberapa hari kemudian.

Apabila dua biji telur menetas, maka sudah tentu dua ekor anak burung dapat tidur nyenyak dengan selamat dalam sarang itu dengan belaian kasih sayang ibunya dan @MdAeEmAi sendiri!

“Alhamdulillah. Hikmah PKP, saya sudah menjadi bapak,” reaksi @MdAeEmAi dalam Twitter miliknya setelah anak-anak burung itu selamat dilahirkan.

@MdAeEmAi/Twitter

Hikmah dan keajaiban tidak disangka ini berlaku sehingga menarik perhatian kalangan netizen yang rata-rata kagum dengan kenyataan bahawa ibu burung dengan naluri keibuannya berjaya mencari kasut kosong untuk membina sarang buat tempat berteduh anak-anak kesayangannya yang comel!

Yang menunjukkan bahawa semasa PKP, alam semulajadi ciptaan Tuhan diberi kesempatan untuk menjalankan tugas kebiasaan tanpa gangguan manusia yang telah banyak melakukan kerosakan.

Semoga anak-anak burung ini dapat membesar dengan baik sehingga mampu terbang bebas meninggalkan ‘sarang sementara’ itu kelak untuk kehidupan mereka.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular