Ketika pandemik virus PKC (COVID-19) terus menular, maka pada masa seperti ini, kita benar-benar perlu melihat beberapa perkara yang menyembuhkan minda dan hati.

Seorang wanita berasal dari California, Angela Elsey merupakan pekerja sukarelawan dan biasanya bertugas di unit jagaan rapi neonatal (NICU) di hospital tempatan.

YouTube/Paparan Skrin

Baru-baru ini, Angela dikuarantin di rumah dan tidak dapat menghubungi bayi-bayi kesayangannya di tempat kerja, tetapi terdapat bayi baru lahir tanpa disangka di rumahnya yang layak mendapat perhatian, iaitu 2 ekor anak burung kecil ‘Hummingbird’.

Angela menemui sarang ‘Hummingbird’ yang tergantung di atas pohon bunga berdekatan tepi tingkap dapur rumahnya.

Semasa menjalani penjarakan sosial di rumah, Angela menyaksikan proses ibu burung ‘Hummingbird’ bertelur sehingga anaknya menetas dan dia memberi makan anak-anaknya dalam sarangnya itu. 

YouTube/Paparan Skrin

Angela mengambil gambar-gambar serta merakam video ‘Hummingbird’ tiga beranak dengan momen paling berharga dan indah itu lalu berkongsi dengan netizen di media sosial.

Ini adalah 2 burung kecil ‘Hummingbird’ di sarang mereka. Angela menamakan mereka Anne Elliot dan Frederick Wentworth sempena watak utama novel klasik Jane Austen, ‘Persuasion’. 

YouTube/Paparan Skrin

Kata Angela, “Walaupun dalam keadaan dunia yang tidak menentu pada hari ini, kehidupan spesies Hummingbird tidak sedikit pun terganggu. Saya sangat gembira melihat Hummingbird kecil menetas dan membesar setiap hari.”

Rakaman video Angela telah menarik perhatian ramai netizen. Kebanyakan netizen berpendapat bahawa gambar ibu ‘Hummingbird’ menjaga dengan baik anak-anak kecilnya yang comel adalah penyembuhan hati terbaik. 

YouTube/Paparan Skrin

Burung-burung kecil ini pasti membesar dengan baik dan sihat dari hari ke hari, maka biarkan semua orang melihatnya dengan harapan.

Tonton video di bawah:

YouTube

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular