Ketika musim wabak yang sedang melanda negara pada waktu ini, kerajaan telah mengambil langkah berwaspada dengan mengarahkan semua rakyat untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah serta kerap mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan cecair pembasmi kuman.

Bukan sahaja itu, memandangkan musim perayaan bakal tiba tidak lama lagi, kerajaan turut mengenakan larangan untuk melakukan perjalanan rentas negeri dan mengehadkan aktiviti ziarah semasa perayaan hanya kepada ahli keluarga terdekat sahaja yang tidak melebihi 20 orang sehari (bergantung saiz kediaman).

Langkah ini diambil bagi memastikan jarak sosial selamat sekali gus mengelakkan penularan wabak Parti Komunis China atau virus PKC (COVID-19) semakin merebak tatkala kerajaan dan barisan petugas hadapan sedang berusaha keras untuk menanganinya.

Mungkin ramai yang berang dengan pengumuman oleh Perdana Menteri yang melarang rakyat untuk pulang berhari raya tetapi ini adalah demi kebaikan kita semua.

Kita tidak tahu dan tidak sedar betapa cepatnya virus ini boleh merebak. Justeru, sebuah pengacara rancangan televisyen yang terkenal di Jepun telah mengadakan satu eksperimen ringkas bagi membuktikan betapa mudahnya virus ini mampu tersebar melalui cecair dalam satu majlis hidangan bufet.

@Johnny_suputama/Twitter

Rancangan eksperimen yang disiarkan di NHK Network itu melibatkan 10 orang tetamu yang berkumpul untuk menikmati jamuan bufet di sebuah kapal persiaran.

Daripada kesemua tetamu, hanya seorang daripada mereka telah ‘dijangkiti’ di mana tangan peserta ini telah disapukan dengan cat bercahaya (fluorescent) bagi menandakan kesan batuk.

Kesemua mereka kemudiannya telah berkumpul dalam bilik berkenaan dan mula bersosial di antara satu sama lain. Peserta yang ‘dijangkiti’ tadi turut sama bersalaman dengan orang lain dan menikmati hidangan tersebut.

@Johnny_suputama/Twitter

Selepas kira-kira 30 minit, kru studio telah memadamkan lampu dan pada ketika itulah hasil eksperimen ini menunjukkan keputusan yang amat mengejutkan! Daripada video berdurasi 35 saat itu, jelas menunjukkan hampir kesemua permukaan dipenuhi dengan kesan cat bercahaya berkenaan.

@Johnny_suputama/Twitter

Tidak kira sama ada di atas meja, cawan, penyepit makanan, tisu dan juga tangan orang lain yang tidak ‘dijangkiti’, kesan cat ini jelas menunjukkan bagaimana hanya dalam tempoh yang singkat, virus ini boleh merebak dengan begitu cepat.

@Johnny_suputama/Twitter

Eksperimen yang ringkas tetapi padat dengan info bermanfaat ini seharusnya disebarkan kepada orang ramai supaya kita semua tidak mengambil mudah akan isu ini. Semoga ianya menjadi satu iktibar buat kita agar menjaga jarak di antara satu sama lain dan  mencuci tangan dengan kerap.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular