Walaupun pandemik COVID-19 mengakibatkan pelbagai kesan negatif namun sekurang-kurangnya ia turut membawa satu perubahan positif. Di Jepun, kadar bunuh diri didapati telah berkurangan sebanyak 20% berbanding April tahun lalu.

Ia merupakan satu angka penurunan terbesar dalam tempoh 5 tahun dan dipercayai berpunca daripada orang ramai yang lebih banyak meluangkan masa di rumah bersama keluarga, di mana ibu bapa tidak pergi bekerja selain anak-anak juga tidak perlu ke sekolah.

Gambar Hiasan/Facebook

Sehingga April lalu, seramai 1,455 orang dilaporkan bunuh diri, iaitu berkurangan sebanyak 359 berbanding bulan yang sama tahun 2019. Angka ini memperlihatkan trend penurunan semenjak kemuncaknya pada tahun 2003 iaitu sebanyak 34,000.

Gambar Hiasan/Facebook

Arahan untuk kekal berada di rumah ekoran COVID-19 pada tahun ini secara tidak langsung telah mengakibatkan organisasi pencegahan bunuh diri kurang beroperasi dan sekitar 40% daripadanya bahkan ditutup.

Menurut bekas Ketua Perkhidmatan Kaunseling Telefon Persekutuan Jepun, Inochi-no-Denwa, Yukio Saito berkata bahawa walapun terdapat penurunan sejak beberapa tahun kebelakangan ini namun ia meningkat dalam kalangan pelajar sekolah.

Gambar Hiasan/Photo-AC

Ia mungkin berpunca daripada masalah di sekolah. “Sekolah memberi tekanan kepada segelintir generasi muda tetapi April tahun ini, tiada langsung tekanan. Ini kerana pelajar berada di rumah bersama keluarga. Mereka rasa lebih selamat”.

Gambar Hiasan/Photo-AC

Yukio turut menambah bahawa orang dewasa pula tidak begitu memikirkan tentang kes bunuh diri ketika krisis COVID-19 ini namun jika kemelesetan ekonomi berlanjutan lebih lama, ia mungkin menyebabkan angka bunuh diri kembali meningkat.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL INSPIRASI

Video Popular