- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Berang disuruh masak semula, tukang masak bertindak ludah dan letak puntung rokok pada makanan pelanggan

Memasak sendiri di rumah sememangnya menjadi pilihan orang ramai dimana bukan sahaja menjimatkan tetapi juga kebersihan dan keenakan makanan itu turut terjaga.

Namun, sekali sekala kita teringin juga untuk makan di restoran sambil meluangkan masa bersama orang tersayang. Meskipun makanan yang terhidang kelihatan menyelerakan, bukan semua restoran mengamalkan kualiti kebersihan yang ditetapkan.

Lebih menakutkan lagi, jika anda tidak bernasib baik berhadapan dengan pekerja restoran yang tidak berhati perut, kemungkinan besar makanan yang anda pesan itu akan dicemari dengan sisa kotor mereka!

Paparan Skrin/YouTube [1]

Baru-baru ini, seorang tukang masak menjadi kritikan orang ramai gara-gara videonya meludah ke dalam makanan pelanggan menjadi tular di media sosial.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Xi’an, China itu melibatkan seorang tukang masak di sebuah restoran makanan Cina yang melakukan tindakan jijik itu disebabkan oleh rasa sakit hati dengan salah seorang pelanggannya.

Menerusi video berdurasi 3 minit 17 saat itu, dikatakan tukang masak itu berang apabila pelanggannya yang dikenali sebagai Zheng menghantar semula hidangan yang telah dimasak dan meminta tukang masak untuk menyediakan makanan yang baharu.

Hal ini kerana Zheng berpendapat masakan yang disediakan oleh tukang masak kurang sedap dan dia meminta tukang masak untuk melakukan sedikit penambahbaikan. Pada ketika itulah, tukang masak yang sakit hati ini bertindak meludah ke dalam makanan tersebut sebelum memasaknya seolah-olah tiada apa yang berlaku.

FMT [2]

Dia kemudian menghantar semula makanan yang baru dimasak itu kepada pelanggannya. Bagaimanapun, buat kali kedua, Zheng sekali lagi meminta untuk memulangkan makanan itu setelah menemui puntung rokok di dalam mangkuk makanan itu.

Menurut laporan Sin Chew Daily [3], pelanggan tersebut telah meminta kebenaran daripada pihak restoran untuk melihat rakaman kamera pengawasan tertutup (CCTV) bagi melihat sendiri kejadian sebenar yang berlaku di dapur.

Pada ketika itulah segalanya terbongkar. Tukang masak berkenaan bukan sahaja tidak memakai topeng penutup mulut tetapi dia juga secara terang-terangan meludah ke dalam makanan untuk pelanggan!

Paparan Skrin/YouTube [1]

“Dalam rakaman kamera keselamatan tersebut, anda boleh lihat dengan jelas bahawa chef tersebut menunduk untuk meludah ke dalam kuali,” kata Zheng.

YouTube [1]

Rakaman CCTV itu menjadi bukti kukuh untuk mendakwa tukang masak yang tidak bertanggungjawab itu. Akibat daripada tindakannya yang menjijikkan itu, lesen perniagaan restoran itu telah digantung dan mungkin tidak akan dibenarkan untuk beroperasi semula.

Malah, pihak restoran turut berhadapan dengan saman berjumlah RM61,062.38 (100,000 Yuan). Bak kata pepatah, “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.

loading...