Pandemik Virus Parti Komunis China (COVID-19) ternyata memberi impak yang besar buat masyarakat dunia apabila ia difahamkan turut menjadi punca kepada peningkatan tambang penerbangan.

Pihak Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) memberi amaran bahawa harga tiket penerbangan akan meningkat antara 43%-54% berikutan dengan aspek penjarakan sosial di dalam pesawat.

John Moore/Getty Images

Ini bermakna langkah-langkah penjarakan sosial dalam pesawat akan mengubah ekonomi penerbangan, di mana muatan maksimum hanyalah setakat 62% berbanding dengan purata muatan industri sebelum ini pada 77%.

Dengan tempat duduk yang lebih sedikit dan terhad untuk dijual, maka kos unit untuk kerusi akan meningkat secara mendadak. Ketua Pengarah IATA, Alexandre de Juniac berkata bahawa jika penjarakan sosial dilaksanakan, kerusi di tengah-tengah pesawat akan kosong.

John Moore/Getty Images

“Sama ada anda terbang dengan harga yang sama atau menjual tiket pada harga yang sama seperti sebelumnya ataupun kehilangan sejumlah besar wang sehingga mustahil untuk terbang dengan mana-mana syarikat penerbangan, terutamanya kos rendah.

“Ataupun anda boleh menaikkan harga tiket sekurang-kurangnya 50% dan anda dapat terbang dengan keuntungan minimum. Ini bermakna, jika penjarakan sosial dikenakan maka penerbangan tambang murah akan berakhir”.

Menurut laporan Today Online, peningkatan kadar tambang penerbangan juga turut memberi kesan kepada kita yang berada di kawasan Asia Pasifik, apabila dijangkakan bahawa kadar tambang akan meningkat sehingga 54%.

BIKASH KARKI/AFP via Getty Images

Pihak Malaysian Airlines Bhd dan juga Malindo air pada 12 Mei lalu dilaporkan bersetuju dengan cadangan untuk mengenakan jarak sosial antara penumpang akan menyebabkan peningkatan tambang sehingga 54%.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri menjelaskan bahawa kos pembasmian kuman dan penjarakan sosial di dalam pesawat akan menyumbang kepada perubahan harga tiket.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL NASIONAL

Video Popular