Cuba lihat sekeliling kita pastinya ada ramai orang yang berhati mulia sanggup melakukan bermacam hal untuk membantu orang lain.

Sebenarnya ramai antara kita yang benar-benar ikhlas melakukan kebaikan contohnya dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengharapkan apa balasan sekalipun.

Contoh terbaik yang berlaku kepada seorang gelandangan ini apabila dia telah dibantu oleh seorang lelaki yang baik hati ketika dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di tengah jalan berhampiran stesen LRT Segambut.

Apa yang berlaku ialah seorang pemandu Grab, Shanker Vellu dikatakan sedang memandu di kawasan sekitar LRT dan ketika itulah dia ternampak seorang gelandangan sedang terbaring.

WorldOfBuzz

Dia kemudian bertanya kepada orang ramai akan apa yang telah berlaku sehingga lelaki itu boleh terbaring seperti itu. Rupa-rupanya lelaki tersebut telah diserang. Namun, ketika itu sepertinya tiada orang yang peduli akan keadaan gelandangan itu dan Shanker memutuskan untuk menolong gelandangan tersebut.

Shanker kemudian cuba meyedarkan gelandangan itu dengan menggunakan sedikit air sebelum cuba berbual dengan menggunakan bahasa Mandarin yang diketahuinya. Dia bertanya di mana lelaki itu tinggal dan adakah lelaki itu mempunyai keluarga berhampiran. Lelaki itu kemudian memberitahu dia tinggal di kawasan Desa Jaya bersendirian.

Shanker kemudian memberikan sedikit wang dan meneruskan perjalanannya. Namun, tidak lama selepas itu dia menyedari akan keadaan gelandangan tersebut dan kemudian memutuskan untuk berpatah balik bagi memeriksa keadaan lelaki itu.

Ketika dia kembali ke tempat tersebut dia mendapati gelandangan tersebut telah bergerak beberapa meter dari kedudukan asalnya.

WorldOfBuzz

Shanker kemudian menghubungi ambulans dan ketika itu ada seorang wanita datang dan memberikan makanan serta wang kepada lelaki itu. Dia kemudian terus mengikuti ambulanas untuk ke hospital dan membantu lelaki itu menguruskan pendaftaran di sana.

WorldOfBuzz

WorldOfBuzz

WorldOfBuzz

Kini, lelaki itu mendapatkan rawatan perubatan di hospital. Gembira kerana dapat membantu, Shanker berkata: “Saya bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi kesempatan untuk membantu dan saya berharap ini akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan hal yang sama.”

“Sebagai manusia, adalah sebahagian dari realiti kita untuk saling membantu terutama kepada yang memerlukan.”

Maybe you're interested :

Share

Video Popular