Setakat jam 12 tengah hari untuk 12 Mei, Malaysia telah mencatatkan penambahan kes positif Virus Parti Komunis China (COVID-19) terendah iaitu 16 kes sahaja, menjadikan keseluruhan kes kepada 6,742.

9 daripada 16 tersebut difahamkan terdiri daripada warga asing manakala jumlah kumulatif pesakit yang telah discaj pula 5,223 menjadikan kes aktif yang sedang menerima rawatan adalah sebanyak 1,410.

Semasa sesi sidang media harian, Datuk Dr Noor Hisham turut mengumumkan bahawa daripada jumlah keseluruhan, 16 kes berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 3 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Banyak negara bimbang tentang gelombang kedua dan kami juga bimbang mengenainya. Namun apa yang paling penting adalah kita telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pelaksanaan itu telah melandaikan keluk”.

“Kita juga berjaya menurunkan jumlah kes harian daripada tiga digit kepada dua digit. Kita telah melakukannya dengan baik”, katanya ketika menjawab soalan.

“Kejayaan kita pada hari ini adalah hasil daripada perancangan kita 14 hari lepas. Kita harap kita boleh menurunkan jumlah transmisi tempatan secepat mungkin”.

Selain itu juga, Dr Noor Hisham turut menjelaskan bahawa kemudahan perubatan negara turut memainkan peranan yang penting dalam mengekang penularan jangkitan wabak Virus PKC (COVID-19).

“Hanya sedikit sahaja pesakit yang berada di ICU dan wad COVID-19 kini juga semakin kosong”, tambahnya lagi.

Rahman Roslan/Getty Images

Apa yang penting menurutnya adalah memperkasakan orang awam untuk patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mula dilaksanakan pada 4 Mei lalu.

“Mereka perlu patuh. Disiplin sosial adalah penting, begitu juga dengan tanggungjawab sosial. Ia merupakan tanggungjawab buat semua”, jelasnya.

Sama ada Malaysia bakal berhadapan dengan gelombang jangkitan kedua, menurutnya ia bukan diputuskan oleh pihak kementerian malah ia juga merupakan tanggungjawab bersama dengan orang awam.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular