KUALA LUMPUR – Perkhidmatan gunting rambut adalah tidak dibenarkan kerana masih tersenarai dalam perkara yang dilarang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Perintah larangan ini adalah termasuk larangan untuk memberikan perkhidmatan gunting rambut di rumah pelanggan.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, prosedur operasi standard (SOP) mengenai gunting rambut masih tidak membenarkan kegiatan ini untuk terus beroperasi pada tempoh ini.

Bagaimanapun, ketika ditanya oleh wartawan mengenai dakwaan berhubung tindakan seorang menteri yang sanggup memberi upah sebanyak RM1,000 bagi mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di rumah membuatkan beliau terkedu.

Dakwaan ini dikhabarkan telah dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Barber SeMalaysia iaitu TN Winda Mohd Tahir yang menyatakan bahawa salah seorang ahlinya pernah ditawarkan sejumlah wang RM1,000 daripada seorang menteri bagi mendapatkan potongan rambut biasa.

“Mengenai ada orang kenamaan (VIP) memanggil tukang gunting rambut ke rumah, ini berita baharu. Saya pun tidak tahu kerana sememangnya perkhidmatan itu tidak dibenarkan. Setakat ini, gunting rambut sama ada di kedai atau perkhidmatan di rumah ia termasuk dalam senarai terlarang maka tidak dibenarkan perkhidmatan itu di rumah, pejabat atau pun pelanggan ke kedai,” kata dalam satu sidang media khas harian menteri pada Selasa, 12 Mei.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular