Aplikasi TikTok sememangnya sudah popular dan digunakan oleh rata-rata individu di seluruh dunia, di mana ia menggalakkan pengguna untuk mengekspresikan kreativiti menerusi video yang mereka hasilkan.

Namun dalam leka bermain menggunakannya, kita perlu berhati-hati juga ya! Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, @kindneighbour1 berkongsi satu klip daripada aplikasi TikTok yang agak lucu dan ianya tular selepas itu.

@kindneighbour1/Twitter

Dek kerana begitu asyik menari menerusi aplikasi berkenaan, seorang gadis tidak perasan bahawa di belakangnya terdapat seorang pemuda yang sedang menunggu untuk memberikan juadah berbuka puasa padanya.

Ewahhh, seronok ya tunjuk bakat?

@kindneighbour1/Twitter

Pada saat ke-2 kita dapat lihat tiba-tiba muncul seorang lelaki di sebalik dinding dan ianya langsung tidak disedari oleh gadis berkenaan! Aksi yang bersahaja membuatkan langkah lelaki itu untuk menghampirinya terhenti.

Barangkali lelaki tersebut mahu menunggu sehingga tarian gadis itu selesai. Kehadiran lelaki yang dipercayai jirannya itu hanya disedari oleh gadis terbabit ketika dia berpusing. Apa lagi, terus gadis itu lari ekoran malu.

Opsss!

@kindneighbour1/Twitter

Sehingga kini ia telah disaksikan lebih 900,000 kali dan mengundang pelbagai reaksi dan komen daripada pengguna di Twitter.

Nasib baik puasa

@kindneighbour1/Twitter

Ya, mungkin inilah gadis yang dicarinya selama ini..

@kindneighbour1/Twitter

Pengguna ini pula mungkin tidak kuasa nak melayan

@kindneighbour1/Twitter

Hebat benar penangan TikTok sehingga gadis tersebut tidak perasan langsung! Ia memang satu kejadian yang memalukan dan mungkin tidak akan dilupakan gadis berkenaan. Itulah, pandang-pandang dulu sebelum buat, barulah tidak malu di kemudian hari…

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular